A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Friday, January 30, 2009

untuk saudara seagamaku


Khas untuk melayu yang gilakan tanah


Tanah ini milik siapa??
Tanah ini dulunya warisan nenek moyang kita
Tanah ini dulunya hutan belantara

Tanah ini milik siapa??
Disuruh kerjakan sibuk bekerja katanya
Padahal percaya malas hakikatnya

Tanah ini milik siapa??
Dulu janji lain sekarang janji lain
Hasil terlihat semua rambang mata

Tanah ini milik siapa??
Kasihan si penanam dan pengusahanya
Membanting tulang bagi menyara keluarga

Tanah ini milik siapa??
Belum 2tahun sudah bersuara
Aku punya,aku nak usahakan
Padahal semua tak tahu bekerja
Hanya ego sahaja di dalam diri

Tanah ini milik siapa??
Nasihat anak lepaskan sahaja
Biar rasa susah berkebun
Biar jurang saudara sendiri
Asal ungkitan tak berulang lagi

Tanah ini milik siapa??
Abah, kita pergi sahaja dari kampung ini
Hanya tanah mengundang sengketa
Rezeki merata percaya hendaknya
Tunjukkan semua kita boleh berjaya tanpanya.

27januari2009

Semalam selasa aku pulang ke pasir gudang.. sedih sebenarnya hati aku kerana ade masalah yang berlaku terlalu peribadi untuk dikongsikan..cukuplah aku mengatakan bahawa “maaf, ayah ngan mak.. abang terkasar bahasa..”:’(

kL ku sunyi

Ahad pagi aku drive sengsorang menyusuri lebuhraya yang semakin lama semakin sesak menuju ke kota Lumpur.. tujuan aku sebenarnya ada 2.. pertama mahu berjumpe kawan baik ku dan kedua menghadiri 1 mesyuarat tertutup di ampang pada sebelah malam.. tapi sejujurnya aku memang dtg ke sini mahu berjumpe kawan-kawan ku yang terbaik..rindu pada mereka semua.. sebab tu aku dtg pagi2..harap dapat luangkan mase dengan diorang sampai ke ptg.. da nak sampai aku mesej bebi, bgtau aku akan sampai dlm kul 10lebih.. npknyer bebi bgtau diorg akan balek ptg ke KLH kerana ingin menemankan Yah ke kedai kasut.. em xpe la.aku bole tunggu. Mesej wan pulak..nmpaknyer mereka sedang bersenggama di kem menziarahi adik odah yang tersayang, katanya.. petang jugak baru mereka balik.. x mengapa la.. pastu aku mesej pakcik erwan si mata bulat..mujur dia ada di kLH. Dapat aku menumpang rehat sambil menghabiskan makanan yang ader.. dan mujur juga ada erwan yang melayan aku berbual.. sambil baring menonton astro..aku sebenarnye x sabar nk tunggu diorg balek sebab ptg aku dah kene bergegas ke ampang.. tunggu punye tunggu sampai ke ptg.. dari pukul 10pagi hingga ke 6.30 ptg..npknyer mereka belom balek lagi.. di hati sudah terdetik berkata bahawa aku x sempat jumpe mereka semua.. sambil melayan astro, terngiang suara emo,yah,bebi,odah,wan ketawa riang..

Malam lepas aku balek meting ternyata mereka semua sudah tiada, yang tidur truskan tidur, yang pemuja kasut meneruskan tugasannya bagi menyara diri, dan yang lain2 entah kepenatan agaknyer.. mujur dapat menelefon mereka sebentar..

Nampaknyer xder rezeki aku jumpe diorang.. tapi sebab diorang semua aku kesedihan di dalam kereta memandu pulang keseorangan kerana begitu merindui mereka semua.. nantilah kite jumpe lagi.. insyaallah.

rindunya pada si dia

Rindunya pada si dia..
Dia itu pernah di hatiku
Dia itu pernah bersamaku
Dia itu pernah permaisuriku


Rindunya pada si dia..
Dia itu sayangnya pada aku
Dia itu suka membelaiku
Dia itu suka menjagaku


Rindunya pada si dia..
Dia itu pernah memarahiku
Dia itu pernah membenciku
Dia itu pernah menyakitiku


Rindunya pada si dia..
Dia itu terlalu halus bagiku
Dia itu terlalu suci bagiku
Dia itu terlalu cantik bagiku


Rindunya pada si dia..
Dia itu sakit sendiri rahsia
Dia itu derita tiada rasa
Dia itu susah sendiri berduka


Rindunya pada si dia..
Dia itu pagi perginya
Dia itu hilang sendirinya
Dia itu kini tiadanya

Thursday, January 22, 2009

sape mereka berdua ini?????


kawanku 2 orang ini sedang termenung..aku risau..mereka ini kenal aku lagi atau tidak.. sudah lamer aku tidak turun ke kota Lumpur ini apatah lagi di ioi mall puchong..ermm.. aku cuba pastikan mereka berdua yang mengambil aku di ioi mall ini, adakah bebi,atau irma yang mengurai, odah kot, erm mesti wan yang pakai baju kelabu itu..tapi sebelah die macam mawk.. erm..erwan kot..mata bulat jer.. tapi hidung besar..odah rasenyer..tapi macam lina..erm...iza ker???tapi gemok macam bebi..siapa diorang ni aku lupe la..da lamer x turun kota lumpur ni.. rase yang baju pink tu bebi, mesti irma sebelahnya.. dua-dua kan gemok.. mawk mungkin jugak..tengok kasutnyer pelik..mawk suka pakai kasut macam tu.. ermmm... ahh xpe la..yang penting aku sayang diorang ni semua...

kepada kawan-kawan yang kenal diriku

aku cuma nak mintak korang tolong buatkan aku nasi goreng kampung atau ayam buatan mamak depan kLH..
aku nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!da lamer x makan bersama minuman teh C ais @ asam boi..huhuhuhuhu

kemusykilan ku di sini..

Hari ni da masuk 2 minggu aku praktikal kat politeknik jb nie.. lame dan lame terasa semakin seronok bekerja di sini dengan teman-teman pensyarah yang begitu peramah.. Cuma aku jer,entahlah tak tau kenapa begitu lambat menyesuaikan diri, padahal aku da banyak bercampur dengan golongan lebih dewasa dari mereka ini.. Mungkin kerana aku bekerja dan atas dasar faktor pendidikan dan jawatan menyebabkan aku rasa seperti rendah diri sedikit.. aku ni Cuma lulusan stpm berbanding dengan mereka semua lepasan degree katanya.. ah pedulikan sajer, aku tahu mereka tidak akan berfikir sampai sebegitu sama seperti aku.. mereka semua baik-baik.. orang melayu katakan.. Cuma kat cinie aku terkejut satu jer.. dah hampir dekat 8 orang pensyarah tidak termasuk student disini menegur aku mengatakan bahawa aku ni mereka pernah terjumpa.. pening aku memikirkan.. sedangkan aku sendiri tak penah masuk di poli jb apatah lagi di sekitar ipta ini.. malah bukan di sini,kemana sajer pasti ader yang menegur termasuk ketika aku di Kota Lumpur sebelum ini.,,tapi tidak mengapa.. Cuma aku musykil..mungkinkah roh aku sudah berkeliaran sebelum ini??????????????? Aku risau.....

obama itu

Obama itu..
Obama itu kuasa dunia
Obama itu penawar dunia
Obama itu penyelamat dunia
Obama harapan setiap rakyat di dunia
Penyelamat seantero keamanan sejagat

Al-fatihah kepada saudara seislam kita yang terkorban di bumi Palestin..

fesyen kelas fesyen kelas fesyen

Hari ni aku ade kelas yang begitu menyeronokkan bagi aku sebab tentang pola pakaian, ada 8 orang je dalam kelas sebab 3 orang lagi mintak tukar kursus katanya.. erm..kenapa mereka begini??? Aku mula terfikir.. semalam aku masuk kelas grafik, sama juga..mahu minta tukar kursus juga.. pening memikirkan, student grafik tukar memasak,memasak tukar grafik,fesyen pula mahu ke grafik, mahu juga ke masakan..saje aku bagi semangat kat diorang, tak mengapa tukar kursus yang penting semangat untuk belajar.. ermmm.. mereka mendengar kata.. aku terfikir pulak yang aku ni pun bukan rajin sangat belajar.. hahaha..
Tapi aku rasa sebak sedikit kerana mereka memang ternyata amat sukar menerima pembelajaran, perlukan sokongan,bantuan dari pensyarah dan jurubahasa katanya.. aku mula terfikir sekali lagi.. kalaulah aku ade jawatan tetap disini, aku pasti menolong mereka yang masih muda ni.. sebenarnya yang muda ni paling senang untuk dibimbing berbanding yang sudah merasakan garam itu terlebih masin baginya..
Aku tenung wajah seorang demi seorang pelajar khas ini..kasihan mereka bukan atas dasar kepekakan,tapi kerana dek sukar mereka untuk belajar menuntut ilmu.. aku Cuma harap, anak bangsa malaysia dan melayu terutamanya..sedarlah....

akukah penari itu

Akukah penari itu
Diseret ke sana diseret ke sini
Ke utara mai dan ke selatan pergi
Ke tengah dan ke tepi
Ke mudik dan ke hulu

Akukah penari itu
Menyudah kasih pada yang tak sudi
Menyimpan budi yang tak pernah disanjungi
Mengait harapan yang jauh perginya

Akukah penari itu
Mengalun tangan sesedap bunyi
Mengorak langkah penuh berhati
Mengelak tempias pada si pembuli

Akukah penari itu
Ke sini salah, ke sana salah
Mahu di bentak tiada rasanya
Mahu dibenci keakraban terbukti

Akukah penari itu
Membimbing diri mencedok pelangi
Menggapai lukisan jauh di hati
Mencari kasih yang tak pernah peduli

Akukah penari itu
Dipaksa diri relanya tidak
Berdiri tercegat mengalun irama
Tangan yang murni dihampar pergi

Akukah penari itu
Berjiwa kasih dibenci tidak
Sinis senyuman penuh berliku
Sabar menanti keputusan duniawi

Akukah penari itu
Menahan hati merobek jiwa
Cantasnya duri menikam diri
Hidup ini sentiasa dirindui
Pada insan yang sudi menghargai

Monday, January 19, 2009

rumahku kenari 4

rumah aku kenari 4
terima kasih kepada ajib dan aril
2 beradik yang berhati murni
beri menumpang tidur sementara
untuk kami berpraktikal di sini

rumah aku kenari 4
satu bilik 4orang
kalid,nizam,fad dan si putera
Lena tidur setiap malam
selingan dengkuran saling bersahutan

rumah aku kenari 4
banyak motor bermacam jenama
susun teratur tanda beretika
menghormati tuan rumah tanda bahasa
mengalah sahaja di mana-mana

rumah aku kenari 4
kalid yang dapat tempat jKM
jb berulang ke pasir gudangnya
motor yamaha peneman setia
beringat sentiasa selamat sampai hendaknya

rumah aku kenari 4
ikut giliran mandi paginya
kalid,fad,nizam,aku gilirannya
cuma harapan 1 sahaja
jangan mandi terlalu lamanya

rumah aku kenari 4
baju bergosok pakaian beretika
baju hitam rasminya khamis
seragam bergaya bukan pembuli

rumah aku kenari 4
3bulan bersama lagi
harap hubungan terus bersemi
tanda ukhwah keakraban sejati

rumah aku kenari 4..
bukan rumah burung
tapi rumah orang hidup

suasana baru di tempat baru

aku ingat lagi minggu lepas sebelum aku sampai kat tempat baru ni..rase macam diganggu dengan lembaga2 yang menakutkan..hati pun x tenang je.. tapi aku nekad,ini je peluang aku terakhir sebelum aku tamatkan pengajian aku dalam diploma jurubahasa ni.. memang susah rupenya aku nak sesuaikan diri ngan suasana penuh kesibukan kat cini..rase macam diri ni kecil sgt,dikelilingi pensyarah yang berpendidikan dan berkelulusan degree khabarnya..sedangkan aku cuma lepasan stpm..terasa kerdil diri ku ni..
Lepas aku diletakkan kat jabatan, baru lega sedikit hati ni.. cume skang ape yang perlu dilakukan cume nak rapat ngan pensyarah kat cini..sebab,bile da rapat baru aku bole buat keje aku..huhuhu
politeknik jb 12 januari -31 mac 2009

Saturday, January 3, 2009

daTuk yang toloL

*untuk datuk yang tiada sikap belas kasihan terhadap bangsanya sendiri

datuk..
siapa kau nak dipanggil datuK??
belajar tak tinggi, bodoh sombong,
Mana adab dan bahasa kau??
Siapa ibu bapa kau?

datuk..
aku sedar aku di bawahmu,
tapi aku tau budi pekerti,
aku tau budi bicara,
aku tau budi yang ku sanjung.

datuk..
kau sebenarnya sampah,
sampah yang membuat kacau,
dalam perhubungan sesama insan,
kau tidak layak berada di sini.

datuk..
kau mata duitan,rambang mata,kaduk naik junjung,
semua ada pada kau.

datuk..
kau tidak sedar,
segala yang diterima,
ada hikmah disebaliknya,
tapi kau silap,
kau salah guna kuasa,
kau ego,sial,semua ada pada kau.

datuk..
walau beribu hormati kau,
ingatlah,
aku tidak pandai menghormati kau sebagai datuk,
aku anggap kau sebagai sampah yang boleh disepak dan dipijak.

datuk..
dunia kau memang kuasa kau,
kau boleh buat apa saja,
kau boleh hancurkan harapan ibu bapa miskin yang ingin melihat anaknya berjaya,
kau boleh hampakan semua harapan orang yang terpaksa sujud di kaki kau,
tapi kau kene ingat,
dunia ini sementara.

datuk..
aku bukan nak mencabar kau,
tapi aku nak kau beringat,
buat jahat dibalas jahat,
kau mati sape mahu usung mayat kau?
tiada siapa wahai datuk..
kau insan hina.

datuk..
kau sedarlah..
memang dah terlambat sebenarnya..
tapi maaf aku cakap..
aku akan hancurkan kuasa besar kau hingga kau jatuh ke liang lahad,
di samping kronimu yang kuat mencium bontotmu,
kerna kau mahu tahu aku siapa??
aku anak yang lahir dari darah jawa.

Friday, January 2, 2009

praktikal@praktikum@praktik

dapat mesej dari sapiah tadi bagitau aku dapat praktikum kat politeknik Johor Bahru atau lebih tepat lagi di pasir gudang.. Peh macam nak nangis.. mana aku nak menumpang tido camni dengan elaun x seberapa..:( dapat tau last minute, kalo confirm kat poli jb tue aku redha jer.. tapi maner nk cari duit dalam mase terdekat ni..
erm...kalaulah dapat tahu sebulan lebih awal...:(

*ingatlah, jangan jadi mata duitan..akhirnya kita kembali ke tanah juga..

anak sedara gee


adik kecik ini bernama sofea..Jika tidak silap..dia begitu comel dan seorang perempuan.Namun sukar untuk dirinya mengukir senyuman. Untuk pengetahuan semua, adik kecik ini ada seorang makcik bernama Rodziah. Panggilan singkatan untuk makciknya adalah gee. Gee pernah berkawan dengan saya dan gee juga merupakan kawan baik kepada baby dan juga mawk.

jom ramai-ramai tengok show bulu-bulu studio


semalam aku dapat mesej dari mawk bunkbed, die menyuruh aku pegi ke show kasutnyer di pwtc.. kasihan dia..tiada kawan-kawan katanye.. aku harap kawan-kawan berdekatan pergilah tengok kasut buatan naluri mawk..sokongan moral diperlukan.. wish u luck maWK!!!


"is aku wat showcase kasut2 aku kat PWTC 9-11 Jan dtg laa wei..aku sorang2 je baby tak dtg..aku ngan bulubulu selamenyer walaupon tanpe sesape. " mawk berkata.


Jangan lupa 9 hingga 11 januari 2009

Thursday, January 1, 2009

aku rindu kembali..



aku rindu kembali..
suasana pagi yang penuh dengan kesibukan,
debu,habuk yang berterbangan ke dalam kamar tidur,
suara rakan serumah bertanya tentang jadual,
bunyi air dari toilet yang terindah,

aku rindu kembali..
bunyi loceng dari lif yang bergerak,
butang lif yang menuju ke G,
pak guard yang mengawal lalu lintas,
kawan-kawan yang bersama di dalam lif,

aku rindu kembali..
tutur kenen yang sentiasa merapu,
kekemasan jamal yang menjadi perhatian,
oden yang berbaringan di kamarnya,
zahid yang pandai menasihati,

aku rindu kembali..
kawan sekelas yang sentiasa membantu,
hanim yang begitu garang,
kumad dan mumu yang begitu bising,
kak norma yang penuh dengan warna-warni,
kalid yang rajin mentafsir,
feat yang sentiasa kebingungan,
encik fakhrul yang pandai beraksi,

aku rindu kembali..
irma yang sentiasa kelaparan,
kehebatan mawk melukis di kasut,
baby yang mengeluarkan duit di BSN,
wan dan odah yang menunggang yamaha,
pakcik yang begitu sombong,
crinum yang begitu ayu,
kak su mempromosi CNi,

aku rindu kembali..
iza yang kuat tido,
asilah menggerakkan kipasnya,
shuhuda yang mudah menangis,
kak an yang begitu tekun,
kak ati yang bertudung labuh,

aku rindu kembali..
encik rahman yang mudah tersinggung,
kak liza menggelek punggungnya,
julian berpakaian seksi,
cha berbaju biru,
jaja yang pandai bergaya,

aku rindu kembali..
fa yang gemok,
shariaah yang garang,
nad yang kebudakan,
nini menangis ditalipon,
kak tie yang pandai terbang,

aku rindu kembali..
mamak yang muncul di kala malam,
teh C ais yang berperisa cendol,
nasi goreng ayam yang begitu banyak,
7 e yang menjual topup,

aku rindu kembali..
kawan-kawan yang ada di mySL,
kawan yang makan bersama,
kawan yang bergaduh bersama,
kawan yang menangis bersama,

aku rindu kembali..
Dr.zainudin yang bersuara dari hati,
Encik Sarip berbahasa inggeris,
mejar sazali yang membawa diri,
norismaeza yang begitu besar,
encik jimadie yang penuh dengan teka teki,
puan haziah yang sentiasa di hati..

aku rindu kembali..

*rindu pada kamu semua

hepy new Year 2009

untuk semua kawan-kawan..selamat menyambut tahun baru 2009 dan maal hijrah 14.. teka la sendiri..hehehe. semoga menjadi insan yang lebih bertakwa dan beriman kepada Allah swt dan rasulnya.. jage diri dan insafi diri..wassalam

bukit meLawati aku lawati dan bukan liwati



peh..hensem gambar aku mase ni..rase macam kurus,macho dan kuat..hehehe..gambar nie aku ambik kat bukit melawati. lamer xjumpe kawan2 kat cinie jadi aku ziarah la diorang.. susah sebenarnya bile kite de kawan ramai..nak kene ziarah..x pegi nanti kecik ati..ye la..maklum saje hati kawan..nanti merajuk pulak..ape pun memang aku hepy kat cinie..puas sebenarnya..baru aku tau hobi sebenar aku ape..hehehe.. lame jugak aku kat cinie.. jumpe ngan gambar ngan kawan2 semue..rase rapat sangat.. cume aku doa diorang sehat dan pandai jage diri..

rakanku kesunyian