A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Thursday, June 23, 2011

saya mahu tukar henfon

ini henfon diambil sesaje di mudah.my

Henfon saya yang berjenama seperti di atas mula membuat perangai. perangai pun dah rupe macam nenek. kejap boleh cas, lepastu kejap abes bateri. haus kononnya. line pule mule kejap ade kejap takde. hadoii, perangai sebegini yang saya tak suke sebenonye. Henfon pulak memahal belaka sekarang.,.:(
okey, jadi sekarang saya mula berkire-kire ingin membeli henfon murah tetapi kiut seperti diatas.
toing..toing..toing.. :)

Monday, June 20, 2011

Jambatan Sungai johor

jambatan yang panjang

semasa dalam proses

boleh digunakan

Hari sabtu lepas ke Desaru untuk ambil adik di Kem gerak Khas PLKN. Dapat cuti 3 hari. Perjalanan dari Batu Pahat ke Kota Tinggi memang memenatkan. Dengan lori yang banyak lagi. sebenarnya, apa yang membuatkan hati teruja adalah berkenaan jambatan Sungai johor ni. memang panjang. ala-ala jambatan Pulau Pinang kononnya. Tu pun kene ikut Higway Desaru-Ulu Tiram-cahaya baru-senai baru boleh jumpa jambatan ni.
Mungkin orang lain tak teruja, tapi aku teruja sebab lepas je menyeberang jambatan ni, terserempak dengan seorang awek memandu kereta proton Persona terbenam tayarnya. Mujur aku memandu 4x4. So dapatlah menolong tarik keretanya tu.
lalala..

Thursday, June 16, 2011

Antara Seth Tan (Nora Elena) dan Malek (KL Gangster)

Seth Tan

Sekarang memang tengah kemuncak drama Nora Elena kat TV3. Maybe harini episod terakhir.. memang begitu teruja melihat penampilan Aaron Aziz dalam drama ni. Sangat romantik dan ade jugak mak-mak janda yang menaruh harapan (Zaiton Sameon punya lagu) dekat Seth Tan yang romantik ni.. Blueek.. Yang anak-anak dara bukan main teruja (Lagu Ella) nak menunggu depan tv melihat kelibat Seth Tan. Cheewah..:), yang cikgu mengajar petang kat sekolah sudah semestinya terlebih awal mengucapkan selamat malam (Faizal Tahir nyanyi lagu ni) kepada anak muridnya untuk bergegas pulang.. hadooii.. Dan yang pasti, jejaka-jejaka muda di luar memang berbulu je melihat Seth Tan yang begitu hensem dan macho sampai terluka macam dihiris sembilu (seven sign ada nyanyi lagu sembilu) bile mengenangkan kekasih hati mereka mula berangan nak jadi Nora elena..erm..
Hancur.
Malek

Yang ni pulak beb, tengah meletopp kat pawagam. Ada berani lu olang kasi langgar la ini Malek. Sampai aku kuar panggung wayang (bukan punggung ya).. semua bercerita tentang kehebatan dan ke gentle nye si Malek ni. memang mengagumkan lakonan Aaron Aziz kali ni. Ape pun, yang pasti, jalan cerita KL Gangster ini banyak memaparkan mesej yang berguna. Realiti hidup di KL kalau tak dikawal. Aku sendiri tak puas dan rasa nak menontonnya lagi sekali. bukan ape.. Ini baru lelaki sejati. hehe. dan si Malek ni jugak menjadi idola jantan-jantan kat luar nak membuat gerak gaya ala gangster.(harap tak jadi gengster betul.) Tapi hati baik.
Ape pun yang berlaku.., hakikatnye ini Seth Tan dan Malek, makin kaya..messti!! dan kita pulak, makin buang masa dan leka. hadoii..

Tahniah untuk Razwan Rahman

Tahniah kepada rakan-rakanku yang sudah berkahwin, kali ni kawan kampung aku, Razwan. Semoga menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. :)

Wednesday, June 15, 2011

Trip ke teluk gong Siri KEDUA

Abang Rosdi selaku ketua Program

Abang Azhar memasak untuk kami

Tangkapan besar untuk Abang man (Semilang@remang)

tangkapan gelama aku

matahari terbenam dari rumah rakit

sesi menaikkan ikan

bergambar kenangan

Hasil separuh dari tangkapan

paling besar untuk kali ini

Trip memancing kali ini memang puas hati. makan pun sedap, ikan pun dapat, cuaca pun baik walaupun di pagi terakhir hujan lebat beserta guruh. Mujur tiada apa yang berlaku.
Apa pun, mula enjoy dengan hobi baru ini. :)

Tahniah Masnida

bergambar kenangan

sesi cenderahati

gambar lagi

gambar juga

Selamat maju jaya diucapkan :)

Tuesday, June 14, 2011

Reka Kulit Buku SIMPK

ada satelit la..hehe

bangunan JPA

Satelit dibesarkan, siap ada tangan tu..hehe

Cahaya katanya

kaler biru..ewaahh..:)

Sebenonye kulit buku ni takde motif. buat yang paling simple je. Bos suruh wajib hantar setiap sorang. jadi aku hantar lebih. Erm.. kekadang kerja memain ni pun boleh jadi serius..
No idea la nak buat..

Gegaran kecil di Kompleks C Putrajaya

rakan opis

berkumpul di dataran

tempat mencari rezeki

Tengah sedang bersenang lenang di opis, tetibe dikejutkan dengan gegaran kecil di Aras 9, blok C2 ni. Hadoii, rase nak termuntah dan seriau sekejap badan ni. Maklum lah, tak pernah rasa gempa.. Selang setengah jam barulah pengumuman dibuat suruh turun berkumpul di dataran.
Ehem, turun melalui tangga okey. jangan gedik nak turun menggunakan lif. Berebut-rebut nak turun.. Yang pompuan jangan cakap, bukan main kontrol cun nye nak nurun tangga. maklum la.. tumit tinggi katanya..
Dengar-dengarnya, gempa di Sumatera Utara dalam skala 5.. Harap tiada apa-apa yang buruk berlaku..
Setengah jam kemudian lepas berkumpul, dan bomba Putrajaya memeriksa bangunan, barulah kami dibenarkan naik semula untuk menyambung keje..
Aku macam biasa la..lepas naik je opis...ehem..
Lega.... :)

Friday, June 10, 2011

Apabila bos kawasan bercuti hari ini

Hari ni bos cuti, so rasa seakan fikiran melayang ingin mencari tempat berehat..hehe.. Kerja banyak dan semakin menimbun, besok nak pergi memancing kat rumah rakit..so hari ini adalah harinya untuk bersenang lenang..ngehngeh..
Semua kerja di asingkan ke tepi, jadi.. rasanya mahu... lalala..

bye. :)

Nora Elena

nyanyi kejap..
Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa.. :)

sekarang semua tengah sibuk gila menonton drama adaptasi dari sebuah novel cinta, yang pasti drama ni memang betul-betul meletop.. Walaupun jalan cerita permulaan hingga ke penghujungnya seakan kita sudah tahu, tapi memang ada kelainan sedikit dengan cerita ni.. So begitu teruja untuk menonton episod demi episod seterusnya..
lalala..

Thursday, June 9, 2011

Memori lavender

sangat suke

memori lavender

Lavender yang menyenangkan:)

indahnya bersama

Masa zaman aku sekolah menengah tak silap cerita ni 'on' kat TV 8. tahun 2001 rasanya. 15episod yang membuat hati aku feeling je:). Cerita Lavender ni memang special pada aku sebab mengimbas memori-memori bercinta. Actually sesape yang tak pernah tengok cerite ni memang rugi seesanGat!!..hikhik..

Mengisahkan percintaan 2 sahabat yang terpisah dari kecil. Simbol percintaan mereka adalah botol Lavender.. Sweet sangat wei..aku tak tipu. Pengakhiran plot cerita pun meruntun jiwa..hehe..bole nangis kalau sesape yang memahami jalan ceritanya..

So, sebagai tanda aku minat giler cerite ni, aku simpan lagu temanya kat dalam pendrive aku sampai sekarang..Maknenye dah 11 tahun..wow!! Tua dah aku wei..
Okey..tetibe hati teringin berkahwin...lalalala...

Wednesday, June 8, 2011

Ain dah kawen..hoyeeyy!!

selepas nikah

suami tercintanya

tahniah ain.. alhamdulilah sudah selesai semuanya.. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ain kawan zaman sekolah rendah dan menengah aku. Kami dulu sekolah agama bersama-sama. Ain juga anak cikgu. Ain pandai membuat handmade. Dahulunya saya pernah berangan bercinta dengan nya semasa bersekolah rendah..wow..
akhirnya,, jodoh yang terbaik sudah dimilikinya.. Aku tumpang gembira.

Panduan Mengerjakan Solat Taubat

Solat taubat dilakukan bila-bila masa sahaja setelah seseorang itu sedar akan kesalahan dan dosa yang dilakukannya. Solat taubat boleh dilakukan 2 rakaat dan 1 salam.

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Peringatan: Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَ

وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Selamat pengantin baru fa&kenen

Semoga kekal hingga ke akhir hayat..

*Maaf tidak dapat hadir kerana menziarahi jiran meninggal dunia di kampung.

Tuesday, June 7, 2011

Ke penghujungnya

cerita yang dulunya bermula indah seakan tiba ke penghujungnya apabila pelbagai halangan dilalui..Moga apa yang diterima bukan mudah untuk diluahkan semula.

Friday, June 3, 2011

Kuala Kangsar sungguh menarik

first

second

Tetibe teringat..

Rasa macam nak kembali zaman sekolah rendah dulu-dulu.. dengan berpakaian ala skema, beg berat dan kasut sekolah warna putih, bangun pagi-pagi pastu naik basikal..petang pulak pergi sekolah agama. Seronok mase tu, maklum lah niat sebenarnya datang sekolah tu nak jumpe kawan pompuan.hehe..
Walau ape pun, Alhamdulilah, habis jugak aku belajar.. TQ cikgu:)

Tahniah


sekarang memang musim orang kawen agaknya. tiap-tiap minggu ada majlis kawen. Papepun tahniah dekat lecturer di Politeknik JB, Puan Azlina yang sudahpun berkahwin. Alhamdulilah sudah berubah status. yang sebelahnya tu menyelit je, rakan kolej ku Piah. Maaf tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Kangsar mase ni.. Semoga berbahagia ke akhir hayat ya.. :)