A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Thursday, December 24, 2009

entri ini aku tulis untuk dia

kadang-kadang aku lupa,
dia dulu yang jauh telah dekat denganku,
dia dulu yang ku rasa sombong rupanya baik di hatiku,
dia dulu yang pendiam rupanya banyak berkata untukku.

kadang-kadang juga aku semakin lupa,
semakin tua dunia semakin meningkat umurku,
semakin banyak dosa semakin dekat neraka untukku,
semakin kurang derma semakin sempit hidupku.

Malah aku terlebih lupa,
kesenangan diriku kesusahan ibu bapaku,
kesusahan diriku terlebih susah ibu bapaku,
kelalaian aku memalukan ibu bapaku.

dan aku mula lupa,
pertolongan Dia,keselesaan untuk diriku,
tiada dia, semakin sesat diriku,

untuk dia..
bantu aku walaupun tahu aku sudah tersesat jauh..

-mr cape crocodile hunter

aktiviti lagi..

minggu ni aku akan ke pulau pinang pula..rombongan kebajikan JPA.

Tuesday, December 22, 2009

semakin dekat

semakin dekat dengan hari itu tapi masih tidak berbuat ape-ape.. keliru rasanya

Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

suasana hidup aku di JPA parcel C




*yang pasti,tiada lagi kedengaran suara riuh rendah kawan sekolej, bau cafe yang menyenangkan:P dan lif yang sentiasa penuh setiap pagi.

Wednesday, December 9, 2009

hati aku pilu kembali

aku nak menyatakan yang entri ini aku menangis sendiri..:(

tasik chini





*aku da semakin tembam

konvo ke konvoi??

konvo aper yang diorang bising-bising nie..aku xdapat surat lagi pun. yang baru sampai aritu surat saman speedtrap (betol ker aku eja ni??)

Friday, December 4, 2009

bercuti lagi

besok aku ader program 2hari lawatan ke tasik chini. lalaalaaa.
hati senang, mahu berjalan-jalan lagi

Thursday, December 3, 2009

jurubahasa isyarat

apa itu jurubahasa isyarat.??? ini yang aku tau setakat ini tentang jurubahasa isyarat. jurubahasa isyarat adalah jurubahasa untuk warga pekak. Jurubahasa Isyarat sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam majlis-majlis yang adanya orang pekak di sekitarnya. Jurubahasa isyarat bukanlah baru dalam dunia orang pekak. cuma sejak 3/4 tahun kebelakangan ini sahaja namanya semakin menjadi sebutan.
Tetapi percayakah anda..
Jika anda warga pekak ke JPA di putrajaya, sebenarnya ada terselit beberapa orang jurubahasa isyarat yang low profile di sini boleh membantu anda untuk berurusan.
Itulah yang sebenarnya hendak dikatakan. HEH!!!!!!!

*itu sebenarnya tugas sampingan kerana mereka jurubahasa isyarat di situ terlebih sibuk dengan tugas lain yang memang menjadi tanggungjawabnya.

kali ini aku pergi

kali ini aku akan pergi
pergi meninggalkan segala kenangan lama
pergi untuk mulakan kembali hidup baru
pergi juga untuk menjadi aku yang baru
pergi dengan karenah si dia yang menyakitkan hatiku
pergi dengan segala-galanya yang aku rasa ingin di pergikan

dan paling penting sebenarnya
aku akan pergi untuk meninggalkan apa yang aku rasa sayang
pergi untuk membiarkan dirinya yang kini sudah menjadi milik orang lain..