A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Friday, January 28, 2011

cuti untuk bekerja


Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina.. aku bekerja di Batu Pahat seminggu ni.

Tuesday, January 25, 2011

Emak..


bile hepi je aku mesti cari pasangan aku..
tapi bile sedih aku mesti cari MAK..
bile berjaya, result ok,cemerlang, mesti cerita dengan pasangan aku..
tapi bile result teruk, bile gagal mesti aku bagitau MAK..
bile bahagia,,aku peluk pasangan aku..
tapi bila sedih, aku nangis,aku peluk MAK erat-erat..
Bile bercuti,sibuk aku keluar dengan pasangan aku..
tapi bile MAK ajak keluar teman pergi beli barang dapur,aku selalu cakap tak sempat..

bile sambut birthday,mesti bagi hadiah dekat pasangan aku..
tapi bile birthday mak,aku antar mesej je,"Selamat Hari Lahir MAK"..
Selalu aku teringatkan pasangan aku..
tapi MAK selalu teringatkan aku..
Tiap hari mesti aku talipon pasangan aku..
tapi nak talipon MAK, entah bile pun tak sempat je..
belanja kawan-kawan,pasangan sampai beratus ringgit pun tak kisah..
tapi MAK cuma mintak RM50 je sebulan buat beli beras katanya, tu pun aku tak dapat nak beri..

nanti bila MAK dah takde lagi kat dunia ni..
mesti aku cakap," MAAKKK,RINDUU MAKK SANGATT!!"..

*mak masih ada lagi kat dunia ni, harap dapat tunaikan segala impian mak..
Tuhan bantu aku Ya ALLAH..

Monday, January 24, 2011

to her..

still dalam usaha mencari my ex-lecturer yang dah lost contact. Hope dipermudahkan.. saya memang rindu dia sangat-sangat. dia macam akak saya:(

tahniah..


Alhamdulilah dan tahniah untuk pakcik erwan dan isteri kerana menerima kelahiran orang baru.. cantik, comey dan kiut.. Mya Nur Danisha namanya

aku duduk sendirian di kamarku..
aku menangis kesepian kernamu..
kau tinggalkan aku..
kau cari yang lain..
tergamakmu merobek hatiku..

p/s:sediy mengenangkan cerita lama.. sesekali menusuk di hati menandakan masih sayang lagi padanya..kuatkan semangat.

ku pinta dan ku pohon..

apa yang tersurat dan tersirat..hanya diri kita dan Allah S.w.t yang mengetahui.. jika itu terbaik untukku aku terima, jika itu bukan yang terbaik untukku pohon dipalingkan segera dari diriku yang lemah ini..
bukan meminta, tapi ku pohon kepada semua tidak perlu mengambil tahu urusan peribadi orang lain.. semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Wednesday, January 19, 2011

♫æ♫♫♀♀♀♫

Alhamdulilah. Selesai urusan semalam.Sudah bermula episod baru. Perlu terus berusaha keras lagi. Insyalah.

Thursday, January 13, 2011

Kebodohan di bangunan kerajaan


Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi ini realitinya di bangunan kerajaan. Bodoh dan banyak menyusahkan pihak lain. Kalau nak meeting tu, lagi 30minit nak pergi meeting si bos baru sibuk menyibuk tanya data,tanya itu ini. Selama takde meeting tak pulak sibuk hal-hal pekerjanya. Masing-masing sebenarnya untuk kepentingan diri masing-masing. aku bukan nak menyatakan kamu semua itu bodoh, tidak sama sekali, tapi fikirlah jugak perasaan anak buah ko ni. kene ingat keje walaupun ko tu bos,tapi cuba la sesekali duduk di tempat kami baru ko tau macam mana perasaan kami di sini. Sekalung penghargaan dan rasa hormat sangat apabila melihat bos Media Prima Datuk Farid Ridzuan yang bersama-sama bertungkus lumus bersama anak buah bagi menjayakan AJL25 yang lepas. Bukan apa, ikutkan taraf jawatan dan gaji, Beliau sebenarnya hanya sebagai tetamu VIP sahaja, duduk bersenang lenang dan tahu perjalanan program lancar. Tapi itulah antara pemimpin sebenar. Bukan di sektor kerajaan yang banyak songehnya tu.
Maaf jika terlanjur kata. Ini realitinya..

*gambar di atas hanya sekadar pinjaman

Wednesday, January 12, 2011

AJL 25






Bersama teman hati Mawk,Bebi dan ema menonton Anugerah Juara Lagu ke 25. Dengan memandu JHK 22.., terus ke stadium bagi mengelakkan kesesakan lalulintas seawal 5petang.
Walaupun ramai berasak, mujur tiada kejadian yang diingini berlaku. Sedih sedikit apabila lagu pilihan tidak menang. terima Kasih kepada Paan bagi tiket free dan bagi aku peluang menonton AJL 25 ini.

Berjalan-jalan di The Curve





Berjalan sambil menghirup udara serta makan sekali di vivo The Curve. Bersama dengan teman baik tersayang,Mawk,bebi,ema dan naim. Selain itu tidak melepas peluang juga menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah hasil garapan terhebat sutradara Mamat Khalid. Cerita yang enjoy dan komedi ringan yang cukup membuat kami semua bergembira. Terima Kasih semua:)

Friday, January 7, 2011

buta


Saya cukup terharu apabila melihat orang buta. Kenapa? Mereka berada dalam kegelapan tapi mereka masih mampu berdikari dan paling membuatkan saya cukup terharu apabila mereka mampu tersenyum. Sediy..:(

Thursday, January 6, 2011

Langkah permulaan 2011 telah bermula


Bagi aku 2011 ini bermulanya langkah aku untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan ini. 2010 yang berlalu penuh dengan dosa hitam dan tiada kematangan hidup, aku akan terus mengorak langkah demi mencapai apa yang diimpikan selama ini.
Pernah di 2010 terfikir untuk bekerja tetap, tetapi ada seorang sahabat pernah berpesan bahawa tidak semestinya yang tetap itu terjamin masa depannya. Yang penting adalah diri sendiri.
Insyalah di 2011 seiring dengan azam yang semakin menginjak umur ke-24 tahun. aku akan berubah segalanya.. Segalanya aku pasrah dan setiap rezeki yang diterima adalah ketentuanNYA.
Tidak mahu menjanjikan apa-apa, tapi cukuplah kematangan hidup akan banyak mengajar aku untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaiK..

Aku mengharap keredhaanMu ya Allah..

Wednesday, January 5, 2011

Malaysia Boleh!


Tahniah di atas kemenangan Malaysia di Piala Suzuki AFF dengan mengalahkan Indonesia agregat 4-2..

Trip Memancing di Teluk Gong







2 minggu yang lepas, aku folow abang Rosdi, CC kat tempat opis aku pegi memancing. Maybe 1st time aku memancing sebenarnya. Tapi enjoy. harap ada masa lain kali aku akan pergi memancing untuk trip seterusnya, insyalah.

Tuesday, January 4, 2011

Daftar SPR


Semalam aku baru mendaftar undi di SPR Putrajaya. Umur dah makin meningkat barulah terhegeh-hegeh nak mendaftar. Kerani pendaftaran tu suruh aku semak status pada bulan Mei nanti. Kahkah.. Mungkin masa tu PRU13 pun dah lepas. Tapi tak mengapa la.. sekurangnya aku dah mendaftar. dan jika tak mengundi pun sekurangnya, rasa tanggungjawab terhadap negara itu ada. Semoga segalanya berjalan lancar tanpa pertumpahan darah dan dara.. minta dijauhkan.

Takziah di tahun 2011



Permulaan tahun 2011 diselubungi dengan detik suka dan duka.. Dikejutkan berita pemergian pelakon Faizal Yusup akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yang diredhainya..

Bagi tahun 2011 ini juga diharap agar segalanya berjalan lancar termasuk azam aku tahun ini agar dapat menambahkan lagi kewangan agar lebih stabil.