A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, January 11, 2012

Makmal


kepada cik,puan atau sesiapa yang rasa dirinya itu seorang guru..Maaf, memang saya akui tak semua begitu, hanya segelintir..DIULANG!!! seGELINTIR guru sahaja. Sengaje buat begini agar takde sesape yang terase.
Anda baru-baru ini baru sahaja menerima imbuhan besar, SBPA kenaikan gaji guru apa yang saya bace bagi gred DG54 sehingga RM11ribu bile pencen kelak!! wow..hoho
So, cume sedikit saya nak bagitau yang saya tak terase cemburu dengan gaji anda. cume saya nak bagi warning kepada anda semue iaitu segelintir guru sahaja..
kalau nak buat eksperimen untuk pelajar, tolong pesan radas atau bahan 2, 3 hari sebelum agar eksperimen anda berjalan lancar dan markah LNPT anda pun naik.. Ptuuiiihhh!!!
Ianya tak la menyusahkan Pembantu Makmal di sekolah anda. Bukan apa, ade yang GONJOL, mintak eksperimen pukul 9.30pagi, kelas abeh 9.45pagi. then.. ko tau barang ade cukup depan mata dalam mase kecederaan sebegitu. ko ingat DORAEMON ke ape Pembantu Makmal ni. Dah tu nak marah-marah pulak..ewahhh!!!

*tukar ayat pula..
Gua pesan kat lu olang ha...lu jangan memain dengan Pembantu Makmal, sekali gua siram lu dengan asid lu olang mau cakap ape??? gua boleh cakap gua tak sengaje..
Gua boleh maki lu depan budak sekolah, ludah lu pun gua boleh. so, kepada bakal cikgu, jangan korang ingat korang ngajo anak murid korang terbaik??bole direspect? wei pegi mampus la.. Maaf berkasar.tapi ini untuk segelintir guru sahaja. Jangan anggap orang bawah anda seperti staff sokongan ditempat anda, anda pandang sebelah mata sahaja. Maaf cakap la, mereka pun ade degree la bodoh..cume rezeki masing-masing..

Akhir kata, maaf sekali lagi. Berkhidmat dengan penuh setia, mengajar dengan ikhlas dan jangan kejar gaji, dan beli kerete baru saje.. anak murid anda tu.. Amanah kami semua.. Balas kepercayaan kami kepada anda..
Terima kasih.

Sunday, January 8, 2012

semakin berleluasa


Sejak kebelakangan ni makin banyak kite dengar perihal kongsi gelap yang semakin berleluasa. Yang paling tak best, budak-budak baru lepas sekolah dah direkrut untuk menyertai geng-geng ni. Aku bukan ape, rase segan bila mendengar cerita-cerita yang kurang elok dari bekas geng-geng itu sendiri. siap bukak 'pekung di dada' lagi. Allo bro, jangan macam ni la.lu pandai pakai, pandai la lu simpan..
Aku tau, yang biasanya buat masalah bukan orang-orang lama, tapi budak-budak baru ni, yang biasanya suke pukul canang. dik, segan sikit dik oi.. korang semua belum lagi setahun jagung. Belajar dulu dengan 'abang-abang' korang sebelum pandai membuat onar. Sampaikan ada ketika, mungkin sampai la ni kot, Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA) menyuruh ahli-ahlinya menanggalkan sticker dan menyimpan keychain kerana sudah disalahgunakan pelbagai pihak.
Bagi aku, biar ape pun berlaku, perjuangan kita yang pada asalnya jangan dilupa. Jangan bergaduh sesama kita sedangkan kita semua bersaudara.
Harap lepas ni, segala cerita kurang elok akan semakin luput dan kita bangkit semula sebagai satu ummah yang bersatu. Jangan memalukan bangsa kita sendiri.
Maaf jika entri ini mungkin boleh menyakitkan hati sesiapa.
///

rindu..


Sejak dua menjak ni, rase rindu dengan suasana di Putrajaya. Mungkin suasana kerja yang berlainan. Kekadang, bile aku duduk sensorang di makmal, hati ni rase sayu je. Pernah juga terfikir, sampai bile aku nak macam ni?? walaupun dulu masa zaman aku keje kontrek di JPA, boleh dikatakan setiap hari jiwa ni bergelodak mengharapkan pekerjaan tetap, tapi bile Tuhan dah izinkan, aku pulak rase seperti mahu keje seperti kontrek dahulu.
Bukan apa, sebenarnya suasana pergaulan di sini agak berbeza dengan di Putrajaya. Sana ramai staf sokongan, tapi disini lebih banyak guru, jadi pergaulan agak berbeza..
Aku harap semakin lama aku semakin serasi disini.. Aku kene terima hakikat yang keadaan akan berubah dan setiap kenangan itu adalah hadiah perjalanan hidup kita.
Aku dah hampir 6 bulan berkhidmat di sini, semoga tahun 2012 ini semakin membawa sinar kepada diri aku..

Wednesday, January 4, 2012

ilmu sesaje untuk yang tidak tahu



Melepaskan Batuk di Tangga..

Haaa, inilah orang kita kalau menggunakan peribahasa ikut sedap mulut je, heeehh.. rasenye peribahasa ni femes sejak aku kecik lagi. Maklum je la sekarang da beso, heeeh. Rasenye kalau kite ni jenis sembrono je orang jawa kata, ala, main sebut je, tak tahu makna sebeno peribahasa yang kite sebut.
Kalau nyebut kat kelas, ni contoh cikgu la..heh.bukan main. siap menerangkan lagi maksud peribahasa ni dengan lebih mendalam, tapi tahu ke tidak BATUK yang dimaksudkan tu bukan yang kite batuk selalu sakit, tapi BATOK, iaitu sejenis gayung. orang dulu kan suke gune gayung sebelum naik rumah untuk basuh kaki kat tepi tAngga..heeehh..
ini pun mungkin silap ejaan dulu jawi, so bile di transfer ke rumi ye jadi BATUK.ehem.



Ombak..


Salam sejahtera kepada semua, entri kali ini memang saje nak menceritakan berkenaan dengan filem yang paling hangat sekarang, Ombak Rindu. Rasenye hampir separuh dari golongan remaja menonton cerita ini.
aku akui, walaupun beberapa plot agak kurang lengkap tapi, keseluruhan cerita ini menghiburkan. Kisah cinta yang pada aku menyayat hati. Mungkin sebab aku sendiri pernah melalui cinta sebegini, iaitu cinta yang ditolak.. Pada aku, hero sebenar cerita ini adalah Mael, lakonan Bront Palarae. Serius wei,,die macam aku zaman dulu, setia dengan cintanya..
Thanks bcoz beri peluang kepada aku untuk menonton cerita ini bagi mengimbau kenangan lama.
Kenangan itu indah wei walaupun ada pahit dan manis..