A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Sunday, January 8, 2012

rindu..


Sejak dua menjak ni, rase rindu dengan suasana di Putrajaya. Mungkin suasana kerja yang berlainan. Kekadang, bile aku duduk sensorang di makmal, hati ni rase sayu je. Pernah juga terfikir, sampai bile aku nak macam ni?? walaupun dulu masa zaman aku keje kontrek di JPA, boleh dikatakan setiap hari jiwa ni bergelodak mengharapkan pekerjaan tetap, tapi bile Tuhan dah izinkan, aku pulak rase seperti mahu keje seperti kontrek dahulu.
Bukan apa, sebenarnya suasana pergaulan di sini agak berbeza dengan di Putrajaya. Sana ramai staf sokongan, tapi disini lebih banyak guru, jadi pergaulan agak berbeza..
Aku harap semakin lama aku semakin serasi disini.. Aku kene terima hakikat yang keadaan akan berubah dan setiap kenangan itu adalah hadiah perjalanan hidup kita.
Aku dah hampir 6 bulan berkhidmat di sini, semoga tahun 2012 ini semakin membawa sinar kepada diri aku..

No comments: