A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, October 26, 2011

Aku bukan pelupa




Nampak tak kesemua gambar di atas aku memakai baju berwarna biru. Untuk pengetahuan itu adalah baju yang tertera logo MFD (Persekutuan Orang Pekak Malaysia). Walaupun aku tahu mungkin aku tidak dapat berkhidmat untuk warga Pekak khususnya, tetapi hati aku tetap meletakkan mereka sebagai insan yang istimewa. aku lebih rela memakai baju ini bukan untuk menunjuk tetapi biar orang dapat mengenali MFD. Itu sahaja. Secara tidak langsung itu sahaja yang mampu aku balas segala jasa baik mereka membantuku dalam menggenggam segulung Diploma.. Terima kasih. Walaupun jauh di sudut hati ingin kembali ke kerjaya Interpreter, tetapi aku yakin, rakan-rakan masih tetap teguh membantu golongan ini, Insyallah.
Dan aku yang semakin jauh ini, hanya mampu berdoa..agar Allah membantu urusan kita semua.

Perpisahan aku di JPA Putrajaya

Bos Tuan Haji Aminurrahim

Yusra dan Yana = 2y

Upacara memotong kek

senyum:)

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi rupanya aku tak ambil. Tertinggal di PC ofis..hadoii.. alamatnya sudah ghaib la.. apepun, terima kasih sangat kepada yang sudi menyiap serta bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan. Sayang mereka semua.
Jauh di sudut hati aku mengharapkan kita semua akan kembali berkumpul seperti dahulu. Masing-masing dengan perangai bodo siam semua. Bahagia sahaja rasanya..
Tapi masa tidak akan berputar kembali. Apa yang tinggal hanyalah secebis kenangan. Pohon maaf segalanya.. Insyalah kita semua akan berjumpa kembali..
*Tie yang berbaju cokelet+kuning pun sudah mendapat pekerjaan di Sarawak (UNIMAS). Diharap semua mereka akan mendapat kerjaya tetap. Insyalah.
BPO tetap di hati..

is..

Biarlah apa pun mereka ingin cakap dan berbicara..aku tetap aku dan aku tahu apa yang aku buat.. Sesungguhnya aku memang insan biasa yang lemah. Jauh di sudut hati aku merindui suasana itu tetapi benar kata nyamuk, menyepi serta menjauhkan diri itu lagi baik.
Aku bahagia di sini walaupun dikelilingi pekan koboi siam.. Zzzzzzz..

Bersantai di Kuala Terengganu

Dalam bot tunda di area Pasar Payang
Perahu in proses

Atas pelamin. *Misz Niza hepi bufday today:)


Hari Sabtu yang lepas, aku bersama segerombolan rakan menaiki bas untuk ke Kuala Terengganu menghadiri jemputan kahwin miss tuutt.. Layanan agak kurang menarik dari pihak pengantin. Maaf cakaplah.. Bukan ape saje buat untuk peringatan..besok kalau jemput orang datang pastikan tetamu dilayan sebaik-baiknya.
Papepun, lebih enjoy bersantai dengan rerakan di sekitar Kuala Terengganu..:)

*cer tengok mane ade gambar pengantin?hehehe

Thursday, October 20, 2011

Hadapi dengan senyuman

Zahirnya ingin mencari ketenangan, tersuratnya seakan tiada salahnya, tersirat masih dipendam, hati semakin bercelaru, airmata menjadi petanda, segala persahabatan semakin terasing, tiada niat untuk berbalah, tiada jiwa untuk melara..
hanya ku harap ini yang paling baik dek kerana terlalu menghargai keikhlasan dirinya..
Terima kasih atas segalanya

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik saja

Sunday, October 16, 2011

cerita di zaman dahulu

Lame juga tidak mengupdate blog ini. maklumlah,kesibukan bekerja membatasi segalanya. sedang membelek-belek laptop di dalmnya, terlihat beberapa keping gambar lama yang membangkitkan memori. kalaulah masa dulu itu boleh dikembalikan..


Mase zaman di kolej rajin juga menyertai sukarelawan-sukarelawan untuk kejohanan sukan


Menjadi pemerhati


zaman muda memang gojes.. bersukaria di Sunway Piramid