A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Sunday, September 7, 2008

fawwaz..


Pada 19 mei 2007 (Sabtu),saya mr.cape iaitu pelatih jurubahasa isyarat Pusat Latihan MysL
dan seramai 50 orang pelatih dan bersama beberapa orang pensyarah telah membuat lawatan sambil beramah mesra dengan pelajar pekak di
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,Selangor.

Aturcara yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang telah meninggalkan seribu satu kenangan yang paling manis.Walaupun sekejap tetapi
kemesraan kami bersama pelajar pekak di sekolah ini seperti

sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Saya telah berkesempatan menemuramah salah seorang pelajar sekolah ini
iaitu saudara Fawwaz Faqrul Radzi bin
Shaharon Anuar.
Fawwaz Faqrul Radzi bin Shaharon Anuar adalah pelajar tingkatan 4 JBL.
Umurnya baru sahaja 18 tahun.

Pada permulaan perbualan ada berlaku kesukaran berinteraksi kerana Fawwaz Faqrul Radzi menggunakan isyarat KTBM.Namun begitu,masalah ini dapat diatasi
dengan menggunakan beberapa pendekatan dalam interaksi

iaitu penggunaan ejaan huruf dan juga isyarat gerak badan (body language).
Fawwaz yang berasal dari Kuala Lumpur dilihat sebagai seorang yang bersifat positif dan berani menyahut cabaran.
Melihat dirinya yang baru dikategorikan sebagai remaja tapi semangatnya cekal walaupun dilahirkan sebagai seorang yang pekak.Semoga dirinya pada satu hari nanti akan berjaya dan dapat berdepan cabaran hidup
di dunia yang penuh dengan dugaan,dan cabaran ini.

2 comments:

whyiamsosleepy said...

fawwaz nih bukan anak pelakon yg
blakon gerak khas tuh ke?
shaharon anuar

mr.cape said...

ye ler..hehe