A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, November 19, 2008

siaL kepada empunya diri..

aku bengang giler arini..rase nak maki ngan mencarut je!!!!!!!!!!!!
babi, sial, cibai kepada yang berkenaan..
cume aku cakaP!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JGN CABAR AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 18, 2008

menghabiskan sisa hidupku di sekolah tangan bergerak..

hari nie dah 18november.. maksudnyer lagi 2 minggu aku akan kehilangan hampir separuh dari apa yang aku ada sekarang.. kawan-kawan, mawk,bebi,pakcik,oneodah,emo...:(
sebenarnyer aku da tak tau nak buat ape lagi dah..aku xdapat bayangkan camner pasni aku bgun tido, da xtengok muke kawan-kawan aku kat cinie..tengari pegi cafe makan, main intenet kat selera lembayung...pegi lab..makan kat kedai mamak..men gitar kat umah keluarga wan di 18-7.. gurau ngan kawan-kawan semue..
entahlah..rase macam kehilangan 1 benda yg paling besar dalam hidup aku.. klu aku lapo pasni saper yg nk makan same ngan aku.. tengok meja makan kat umah yang memang xder saper kat sekeliling aku.. kalau x, mesti ader emo, bebi, mawk, wan, odah, pakcik semue..
walaupun kitorang baru je rapat sejak bape sem nie..tapi semuenye da cukup bagi aku mencipta satu kenangan yang paling berharga kat cini..
kawan-kawan rumah 10-8 aku yang aku memang sayang sebenarnye.. feat,bob,fad,kumad, pakcik,naim.. diorang yang da sentiase dgn aku dari sem1 sampai skang.. kawan-kawan kat sekolah nie... diorang semua aku da anggap macam adik beradik aku sendiri..
cume aku harap diorang semue akan berjaya. pasni hidup aku akan kembali sepi seperti yang dulu.. walaupun aku ader tugas baru mungkin sebagai jurubahasa.. tapi aku pasti..rutin harian aku pegi kebun setiap pagi akan bermula kembali.. :( sayang kamu semua..

Sunday, November 16, 2008

Halimatun Saadiah yang aku kenali..





Nama dia Halimatun Saadiah.. Umor die lebih kurang 20 an..Hobinya sukar diperolehi kerana kekurangan maklumat. Halimatun Saadiah ini belajar di sebuah sekolah tangan bergerak di bandar besar di kuaLa Lumpur.. Halimatun Saadiah ini lebih dikenali dengan panggilan Mawk sahaja. Tetapi kawan-kawan rapat ataupun lebih kepada sedara marenye memanggil beliau sebagai Yah.. Halimatun atau Mawk atau Yah ini seorang yang istimewa. Kenapa?? banyak sebab..Saya tidak mampu menulis disini kerana bagi saya yang baru belajar menulis blog ini, dirinya terlalu baik walaupun ada cakap2 ataupun setiap pergerakan bibirnya memang menyakiti hati setiap orang.. Hanya yang memahaminya sahaja boleh faham naluri hatinya.. Saya walaupun gemok, sangat sayang kepadanya.. Harap Mero juga begitu..


saya baru mengenalinya tidak sampai 3 tahun..saya mengenali Halimatun atau Mawk atau Yah ini di sini lah..di sekolah tangan bergerak.. Pada mulanya memang saya dan die tidak terlalu rapat, tetapi semakin lama kami semakin rapat. Mungkin kerana saya tahu dirinya seorang yang begitu istimewa, jadi saya telah mula rapat dengannya. Halimatun atau Mawk atau Yah ini sangat menyayangi rakan-rakannya. Saya tahu sebab saya tengok dia terlalu menghargai kawan-kawannya walupun dari sekecil semut hinggalah segemok irma dan baby. Kenapa ya semakin hampir kami tamat belajar disini, kami seakan terasa kehilangannya.. Harap saya akan mendapat jawapannya nanti.. Halimatun atau Mawk atau Yah ini adalah seorang kawan yang sangat istimewa kepada saya.. Saya telah mula belajar tentang internet daripadanya. Bermula dari frenster hinggalah ke blog yang saya miliki sekarang.

Akhirnya kami akan berpisah juga.Selepas ini masing-masing akan bawa haluan sendiri. Saya yang sememangnya tinggal jauh di hujung bandar sudah pasti amat sukar untuk bertemunya lagi. Kepada Halimatun atau Mawk atau Yah, terima kasih sebab mengajar saya tentang ilmu-ilmuan ini. Paling tidak ternilai apabila membantu saya menyiapkan tugasan tambahan Dr zainudin yang mencabar minda. Halimatun atau Mawk atau Yah, ingatlah.. kawan-kawan kamu sentiasa ada disisi kamu sentiasa. Jika ada masalah atau diri menghadapi kemurungan, Cubalah ingat kenangan kita semua disini iaitu di sekolah latihan bergerak ini. Halimatun yang disayangi.. tata..

malam mcDonald

malam ni nak makan mcdonald 24hours...macam sedap...ermmm:)

Saturday, November 15, 2008

aku Nak BALIK!!!!

Lapo sangat..rase nak balek je..dapat makan sedap2..nyum..
ade sesiapa mahu mengajakku makan di luar??
msg ye...huhuhu

simfoni Jembalang yang telah pergi..

team julian menari bersama dengan kak liza bomoh

maLam simfoni jembalang aritu bagi aku memang best dan hepy walaupun ade yang tidak memuaskan hati.. cume yang x best bile aku tibe2 loye sebab makan sayuran bercampur susu masam atau bahasa britain dipanggil 'coselow' (ejaan mungkin salah dan mero akan betulkan nanti).. xtau la nape perut aku yang begitu macho ni x mampu menerima makanan seperti itu.. mungkin kerana aku berasal dari pulau yg agak jauh dari bandar agaknye..huhuhu
ape2 pun tima kasih kat kawan2 yang datang bg sokongan pastu yg pakai kostum yang memang best terutama Mero yg begitu bergaya memakai rambut palsunye..
Untuk kawan2, hope kite semue de lagi parti2 camni..
*aku punye kostum singkat coz gune cadar mak aku kirim dari pulau peranginan, hope mak x marah..:)























sekitar gambar kemesraan di malam simfoni jembalang..







Sunday, November 9, 2008

ulat-ulat hidup mengawan di atas bukiT

Malam tu mase aku lepak kat umah wan pas tengok anugerah skrin, tibe2 mawk ajak kuar makan. Odah cakap ade tempat kat puchong prima jual mee celup.aku pun xtau sebenonyer mee celup tu aper.. pas tunggu seseorang yang memiliki sebuah kereta, kami seramai 8 ekor ulat xsilap aku rasenyer..terus menuju ke tempat tersebut. Paling menyedihkan, aku ngan seorang ulat gemok bername baby menaiki motor sahaja. Mereka yg lain seperti odah,wan,pakcik,ima kerinting ngan mawk menaiki kereta mewah.

Tidak mengapa la..detik hati kecil ku.aku berbangga kerana berjaya meminjam motor ainuddin yang baik hati.. selepas makan dan lepak selama beberapa saat, erm xsedap rupenyer mee celup..lagi sedap air celup kaki ataupun cokelat yang dicelup dengan kuahnyer,dan sate yang dicelup bersame kuah, kami pun bertolak ke satu tempat bernama bukit puteri. Argh menakutkan..jam menunjukkan pukul 0245pagi..sejuk dan memenatkan.. pendakian yang menyiksakan sambil membebel di atas motor akibat kekurangan minyak motor akhirnyer sampai juga.

Berat rupenye ulat gemok dibelakangku ini. Detik hati kecil ku lg.. wahhh, cantiknye pemandangan dari atas bukit ini.. baru aku sedar.. aku yg begitu teruja terus membuka jaket sambil melihat keadaan sekeliling..sunyi dan menakutkan.. ‘tidak mengapa,cakap saja kite ader shooting”, entah suara saper yg begitu pandai berkata2. Aku tidak mempedulikan suaranyer lalu bersama dengan rakanku yg lain mengambil gambar sambil diiringi jurufoto yang paling hebat pernah aku temui di atas bukit itu..

Selepas puas mengambil gambar baru ku tahu, aku dan kawan-kawanku begitu gembira walaupun memenatkan..Cuma kat fikiran begitu risau kerana aku meminjam motor orang.jadi perlu dikembalikan segera. Selepas selesai semue..baru aku dan kawan-kawanku pulang ke rumah masing2.. aku macam biase, setia membawa ulat gemok dibelakangku. Sungguh sayang dengan mereka semua ini..

persahabatan hampir ke penghujung

maLam tadi on laptop..pastu rase boring sgt,erm tengok pic lame kat folder nie.. tibe2 terpandang 2 pic yang aku rase tibe2 ‘touching’.. actually aku pun da lupe bile aku ambik pic ni tp ingat balek, 1 mase kat istana budaya, pastu satu lg kat hotel crown princess..erm..kalo x silap la..

nak tau naper, coz aku ambik pic ngan jaja dan cha.. 2 org kawan aku yang belajar sama kat sekola tangan bergerak ni.. actually aku xtau nape kitorang da x jd mcm kawan..entahla.. last aku bual ngan diorang ni pun aku da lupe baper lame dah..

aku tau, maybe aku salah n de buat salah kat diorang, sebab tu kitorang da x mcm dulu, berbual semue.. xpe la.. Just kat cinie, aku cume nak bgtau kat diorang yang aku sayang sgt kat diorang berdua ni walaupun memang xrapat, same dengan kawan-kawan kat cinie yang lain..if is buat salah ngan jaja n cha, is mintak maap k.. pe2 pun hope cha n jaja berjaye dalam hidup..actually kite semue da mcm 1 keluarga.. jage diri.. kite kawan sampai mati..:)

isTana tinggi di tepi highway LDP

Mase untuk mengucapkan selamat tinggal kepada istana tinggi ini hampir tibe.. tidak ade ape yang bole diucapkan selain dari kata2 terima kasih sebab bagi aku peluang duduk free 2 tahun.hehe banyak memori kat dalam bangunan ni..aku penah tersangkut dalam lif dengan bergelap pastu panas nak mampos lg..

aku penah naek tangga dari tingkat G pegi tingkat 10! Sial, sakit kaki aku sampai semput. Da la aku gemok. Kat cini jugak aku kenal ramai kawan2 baru termasuk kawan yang terjumpe dalam lif.. paling aku benci sekali bile aku berjaya 1 lif dengan anjing..hampeh tol.. naseb baek aku ni pemalu, anjing pun x berani tegur aku.hahaha.

Istana tinggi ni jugakla aku penah berlari turun dari tingkat 10 sampai G sebab ade kebakaran..(kalu teruk terbakar xpe..ni cikit jer) xper aku ingat semue tu.. cini jugak aku banyak meminta air di rumah kawan-kawan aku.. sebab aku terlalu haus.. kat swimming pool istana tinggi ni la aku mule belajar berenang. Sebelum ni aku cume pandai menyelam sahaja. Terima kasih la saper yg ajar aku tu.. dekat cini jugak aku punyer duit rm50 termasuk dalam air sampai aku membasahkan baju aku. Sial dan x gune punyer seluar..koyak pulak kat poket.

Dan teristimewa sekali apabila aku duduk di istana tinggi ni, aku sudah mule berani menaiki lif seorang diri tanpa ade rasa kebimbangan. Sebab dulu aku memang fobia giler naek lif.. sebab tu dulu aku ramping..sekarang je da bertambah saiz badan kerana kelebihan makan yang berkhasiat. Terima kasih istana tinggi.. maaf kerana banyak menyusahkan kamu wahai istana tinggi. Jika ade kesempatan, aku ingin merobohkan istana ini dan menggantikannya kepada sebuah hotel yang bertaraf hospital kerajaan.

sleeping beauty from sabah

Semalam petang, mase aku berehat kat selera lembayung sambil melayari internet seorang diri, tibe2 terlintas di hati mahu berbual bersama kawan-kawan di yahoo messenger. Satu kaedah yang memudahkan aku berbual menggunakan pergerakan jari.. entah mengapa, hati ini begitu berani menghantar satu pesanan kepada seseorang yang sebelum ini aku tidak pernah terlintas dihati untuk memberi pesanan kepadanya.. ‘syasya C’

Pelik bunyinye tetapi sebenarnya amat besar ertinya dalam hidupku sekarang..Gadis melayu yang begitu ayu dari pandangan aku kini menjadi sahabat baikku..walaupun dirinya ternyata begitu jauh dari aku yang ‘loser’, ermm betul ke ejaan aku nie?? iaitu di sebuah kawasan di Sabah, tapi tidak mengapalah.. Yang penting aku memiliki seorang kawan baru sekarang.. Hidup ini memang benar2 macam satu pusingan roda basikal, roda lori dan roda-roda kotaraya..Aku berkawan dengan dia pun bukan sebab kecantikannya atau apa-apa yang ada dalam dirinya, tetapi aku berkawan kerana keikhlasannya menerima aku sebagai kawannya..

Aku sedar, aku memang tidak layak untuknya menjadi seorang yang mungkin amat penting dalam hidupnye, tapi aku akan cube menjadikan dirinya sebagai salah seorang yang begitu bermakna dalam hidupku.. orang di sekeliling mungkin akan memandang sinis kepadaku, sambil berkata-kata, ‘siapa kau nak jadikan die yang paling bermakna dalam hidup kau yang memang loser ni??’ aku dengan tenang akan menjawab, ‘kerana dirinya begitu berharga..’

Ermmm, ape aku cakap ni??ehe..ape2 pun aku de kawan baru dari Sabah.Pasni aku pegi Sabah x takut sesat..hehehe.. tq sleeping beauty..

Saturday, November 8, 2008

ape aku nak buat arini..

malam tadi aku balik rumah pukul 4.45 pagi..layan kan kawan-kawan yg aku sayang kat sekolah tangan bergerak nie.. actually best giler coz kitorang semue lepak2 dan makan2 dan pegi ke satu tempat..rase mcm nk crite skang..tp gambar blum ader..nanti la tunggu masenyer..akan diceritakan jugak..hehe..
tp semalam sebenarnyer risau balek lewat coz aku pinjam motor orang.takut ape2 jadi..
tp harapnyer tuan punyer motor xmarah..
hehehehe..
ni pun terjage pkul 1 59tgari.. naseb baek pg td dapat solat subuh..
lapo sangt..boring..nak lepak n main intenet kat selera lembayung kejap..atau lama.. ikut keadaan..:)
ok..tunggu la..nanti aku cerite jugak..

Friday, November 7, 2008

sepinya hidup bile ditinggalkan orang yang kita sayang..


kenapa bile kite sayang seseorang tu terlalu sangat2..akhirnya kita akan ditinggalkan..:( kenapa bende ni akan berlaku bile kite mule menyayanginya sepenuh hati.. kenapa tiap x bende ini berlaku semuenye pasti akan berturutan..means mcm jatuh ditimpa tangga..
hati ni sebenarnye lemah sangat..di luar kita bole kawal emosi tapi di dalam...ermm...xtau la nape diri ini selalu ditimpa dugaan yang begitu berat untuk diterima..
ajal maut di tangan tuhan..jodoh pertemuan pun di tangan tuhan..kite just dapat merancang.. harap segalanye akan kembali pulih seperti biase..tuhan tahu apa yang ku inginkan..kepada sesiapa yang sudah menemui kekasih baru yang telah meninggalkan kekasih lamanya..semoga berbahagia..

adik kesayangan abang



erm...tibe2 aku teringat kat adik aku yg 2 orang nie.. keluarga aku x la besar..just aku yang 1st,2nd adik perempuan n yang last adik aku yg lelaki.. sebenarnya kitorang x la rapat sangat..lagi yg perempuan tue..rase mcm jauh sangat sekarang.. jap je diorang da beso..hehehe.. sorang da 19thun, sorang lg dah 15tahun.. aku kat cinie da sampai xder mase ngan diorang.. camner gknyer nt da keje.. walaupun kitorang selalu gado tp abang tetap sayang kat adik2 abang.. Cume ade rase terkilan cikit coz kitorang da x macam dulu.. da x rapat..jumpe pun da jarang.. cume klu balek tu dapat la jumpe yg laki.. actually die la harapan aku nanti.. jage parent aku..coz die yg de kat umah sekarang..nak harapkan aku..ermmm.. tapi aku harap aku bole jage diorang semue jugak nanti.. untuk adik abang yang abang sayang sgt.. abang nk cakap yang abang sayang sgt2 kat korang.. untuk nasrul(adik lelaki aku) yang begitu gemok dan kuat..

tolong jage mak baek2 k..mak ngah sakit.. jgn tinggalkan mak sorang-sorang kat umah..thanks....:'(

beDah tinggal kenangan


nama gadis ini sebenarnya shida..tapi xtau la aku boleh panggil die bed je..aku dengo bebudak kat skolah ni panggil die kak bed..seorang yang bercita-cita tinggi dan memiliki sebuah rumah yang ingin dijual di Shah Alam.x ingat seksyen bape..
ape yg best dan terharunyer aku bile aku dpt kenal ngan gadis ini. sebenarnye aku start rapat pun mule sem ni..
entah la..kak bed yg aku kenal telah berubah secare tibe2 apabila tergesa2 mahu mencari pekerjaan baru.. sudah berumur katanyer..
ape yg aku xbole lupe coz perangai die yang giler2..best dan macam2 lg. aku cume sedih coz die tinggalkan skolah ni tanpa sempat menulis sesuatu di buku biodata aku..
kepada kak bed..klu de terbaca blog aku nie.. tolong la..ambik mase tulis alamat ko ngan segalanye di dalam buku biodata aku yg telah aku pasarkan kepada kawan2 kat sekolah tangan bergerak ini.. semoga berjaya Bedah!

couple kat kelas aku yg begitu menceriakan suasana


aku sekolah kat sekolah tangan bergerak..tapi bila da sampai sini macam bukan sekolah kat cinie dah..aku rasa macam aku duduk kat 1 tempat yg memang betul2 buat aku giler..
giler sebab perangai budak-budak kat cinie yg aku bole ckp 1 dalam sejuta..hepy sgt!!!
kat sekolah ni jugak aku selalu mengilangkan kesedihan..bukan sebab belaja nyer..tp sebab dpt jumpe kawan2..
ni aku nk kenalkan classmate aku yg aku rase diorang ni memang special.. special sebab masing2 de perangai masing2..
yang kat sebelah kiri tu Kumad.yang kanan tu Mumu..
...............................................................................................
aku rase la..kat kelas aku yg selalu wujudkan suasana bising dan riuh..diorang ni la.. dengan kumad sebagai seorang yang telah dilatih untuk sentiasa menanyakan perihal elaun kepada sebuah syarikat di tingkat 6 dan mumu pulak yang boleh dikatakan ratu kebaya sekolah tangan bergerak ni.. Actually sayang kat diorang ni.. n semue sekali.. aku rase best dan kenangan terindah sgt coz dpt kenal diorang.. kumad..thanks ya selalu masak untuk aku yg memang malas nk masak ni..hahahaha...mumu pulak..semoga bertambah gemok nanti..:P

Wednesday, November 5, 2008

caTatan hidup seorang Penjaga Buaya




8.00 malam - arghhh..puas sudah ku menunggu.. ke mana buaya-buayaku semua ini menghiLang..:(

8.30 malam - kemana mereka??sekarang sudah sampai waktu makan.. aku perlu memberi makan kepada mereka.. baiklah aku perlu mencari..


9.00 malam - Lega rasanye..mereka sudah sampai.. nasib baek.. aku tidak perlu mencari mereka.. ke mana yang lain?
hanya Wan, Odah, Mawk dan Baby sahaja???
Tidak mengapa la.. makanan pun sudah ku sediakan.. Mungkin sebentar lagi sampai lah tu..


9.30 malam - Sampai pun mereka.. lega rasenye.. mujur 2 orang buaya ade bersama aku sejak dr tadi..jika tidak,,habes lah..
Penat aku mencari mereka nanti.. Arghh.. lupekan la semue itu..
aku pun sudah terlewat..Mereka perlu makan..



9.40 malam - Masa untuk makan sebentar lagi..tidak sabar rasenye.. menu hidangan pasti diminati oleh buaya-buayaku.. wah..cantik sungguh mereka ini.. Pandai aku menjaga mereka..




10.00 malam - Masa makan memang menyeronokkan..selera betul mereka semua.. Fuh lega rasanye.. di tepi kandang pun jadi la..yang penting mereka tidak lari jauh dari ku..



11.00 malam - Puas rasenye selepas makan.. Sekarang perlu bergambar di depan pintu masuk zoo.. Buayaku tidak boleh jauh..nanti hilang katanya.. aku perlu menjaga dan menyayangi mereka sebaeknya..





11.30 malam - Baek-baek semua ya..Jage diri..jangan berlumba ketika pulang ke kandang masing-masing..
Sayang kamu semua... Berdikari la ye mulai bulan Disember ini..aku tidak menjaga kamu lagi..sayang sangat-sangat kamu semua..



terima kasih coz jadi kawan-kawan is....:)












Saturday, November 1, 2008

penTingnya persaHabatan


ni gambar separuh dari kawan-kawan aku kat cinie..:) mase ni kitorang de jamuan hari raya MFD.. bila tengok balik gambar-gambar especially yg mcm nie..rase sedih dan syg sgt kat diorang semue ni..huhu..
lagi bape minggu je kitorg akan bersame pastu masing2 de haluan sendiri..memang akan jumpe gk tp suasana tu da berlainan..
actually kitorang belajaR kat koleJ yg penuh giler dgn kenangan yang penuh kenangan ni da mcm adik beradik sndiri.. tiap-tiap hari mengadap muke diorg ni semue..sampaikan bole lupe rumah sendiri..:)
aku syg kat kawan-kawan aku kat cinie..biar la ape pun yg terjadi..hrp diorg semue yg belajar kat pusaT latihan MysL ni semue berjaye..
aku xtau nape dgn kawan-kawan aku kat cinie,kolej nie..aku sayang giler..
walaupun aku ni x la baek sgt..selalu je sakitkan ati org tp..hehehe
ape2 pun, kami adalah sekeluarga..
Jgn ade sape2 cube nk keruhkan hubungan kami semue kat cini..!:)