A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Sunday, November 9, 2008

sleeping beauty from sabah

Semalam petang, mase aku berehat kat selera lembayung sambil melayari internet seorang diri, tibe2 terlintas di hati mahu berbual bersama kawan-kawan di yahoo messenger. Satu kaedah yang memudahkan aku berbual menggunakan pergerakan jari.. entah mengapa, hati ini begitu berani menghantar satu pesanan kepada seseorang yang sebelum ini aku tidak pernah terlintas dihati untuk memberi pesanan kepadanya.. ‘syasya C’

Pelik bunyinye tetapi sebenarnya amat besar ertinya dalam hidupku sekarang..Gadis melayu yang begitu ayu dari pandangan aku kini menjadi sahabat baikku..walaupun dirinya ternyata begitu jauh dari aku yang ‘loser’, ermm betul ke ejaan aku nie?? iaitu di sebuah kawasan di Sabah, tapi tidak mengapalah.. Yang penting aku memiliki seorang kawan baru sekarang.. Hidup ini memang benar2 macam satu pusingan roda basikal, roda lori dan roda-roda kotaraya..Aku berkawan dengan dia pun bukan sebab kecantikannya atau apa-apa yang ada dalam dirinya, tetapi aku berkawan kerana keikhlasannya menerima aku sebagai kawannya..

Aku sedar, aku memang tidak layak untuknya menjadi seorang yang mungkin amat penting dalam hidupnye, tapi aku akan cube menjadikan dirinya sebagai salah seorang yang begitu bermakna dalam hidupku.. orang di sekeliling mungkin akan memandang sinis kepadaku, sambil berkata-kata, ‘siapa kau nak jadikan die yang paling bermakna dalam hidup kau yang memang loser ni??’ aku dengan tenang akan menjawab, ‘kerana dirinya begitu berharga..’

Ermmm, ape aku cakap ni??ehe..ape2 pun aku de kawan baru dari Sabah.Pasni aku pegi Sabah x takut sesat..hehehe.. tq sleeping beauty..

No comments: