A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Thursday, December 24, 2009

entri ini aku tulis untuk dia

kadang-kadang aku lupa,
dia dulu yang jauh telah dekat denganku,
dia dulu yang ku rasa sombong rupanya baik di hatiku,
dia dulu yang pendiam rupanya banyak berkata untukku.

kadang-kadang juga aku semakin lupa,
semakin tua dunia semakin meningkat umurku,
semakin banyak dosa semakin dekat neraka untukku,
semakin kurang derma semakin sempit hidupku.

Malah aku terlebih lupa,
kesenangan diriku kesusahan ibu bapaku,
kesusahan diriku terlebih susah ibu bapaku,
kelalaian aku memalukan ibu bapaku.

dan aku mula lupa,
pertolongan Dia,keselesaan untuk diriku,
tiada dia, semakin sesat diriku,

untuk dia..
bantu aku walaupun tahu aku sudah tersesat jauh..

-mr cape crocodile hunter

aktiviti lagi..

minggu ni aku akan ke pulau pinang pula..rombongan kebajikan JPA.

Tuesday, December 22, 2009

semakin dekat

semakin dekat dengan hari itu tapi masih tidak berbuat ape-ape.. keliru rasanya

Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

suasana hidup aku di JPA parcel C




*yang pasti,tiada lagi kedengaran suara riuh rendah kawan sekolej, bau cafe yang menyenangkan:P dan lif yang sentiasa penuh setiap pagi.

Wednesday, December 9, 2009

hati aku pilu kembali

aku nak menyatakan yang entri ini aku menangis sendiri..:(

tasik chini





*aku da semakin tembam

konvo ke konvoi??

konvo aper yang diorang bising-bising nie..aku xdapat surat lagi pun. yang baru sampai aritu surat saman speedtrap (betol ker aku eja ni??)

Friday, December 4, 2009

bercuti lagi

besok aku ader program 2hari lawatan ke tasik chini. lalaalaaa.
hati senang, mahu berjalan-jalan lagi

Thursday, December 3, 2009

jurubahasa isyarat

apa itu jurubahasa isyarat.??? ini yang aku tau setakat ini tentang jurubahasa isyarat. jurubahasa isyarat adalah jurubahasa untuk warga pekak. Jurubahasa Isyarat sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam majlis-majlis yang adanya orang pekak di sekitarnya. Jurubahasa isyarat bukanlah baru dalam dunia orang pekak. cuma sejak 3/4 tahun kebelakangan ini sahaja namanya semakin menjadi sebutan.
Tetapi percayakah anda..
Jika anda warga pekak ke JPA di putrajaya, sebenarnya ada terselit beberapa orang jurubahasa isyarat yang low profile di sini boleh membantu anda untuk berurusan.
Itulah yang sebenarnya hendak dikatakan. HEH!!!!!!!

*itu sebenarnya tugas sampingan kerana mereka jurubahasa isyarat di situ terlebih sibuk dengan tugas lain yang memang menjadi tanggungjawabnya.

kali ini aku pergi

kali ini aku akan pergi
pergi meninggalkan segala kenangan lama
pergi untuk mulakan kembali hidup baru
pergi juga untuk menjadi aku yang baru
pergi dengan karenah si dia yang menyakitkan hatiku
pergi dengan segala-galanya yang aku rasa ingin di pergikan

dan paling penting sebenarnya
aku akan pergi untuk meninggalkan apa yang aku rasa sayang
pergi untuk membiarkan dirinya yang kini sudah menjadi milik orang lain..

Tuesday, November 24, 2009

rindu ini bertasbih kembali

lame sudah aku menyepi
hidup terleka dek hayunan dunia
percampuran adab,bahasa dan budaya
buat aku terleka hingga ke akhirnya

kadang-kadang aku terlupa
tuhan maha kaya
cepat saja balasan yang ditunjukkannya
itu baru sedikit
belum seluas gunung hantaran dosa kepada-NYA

aku menangis lagi sendirian di wakaf ini
dosa terbiar entah bila dihapuskan
ditambah dan ditimbang
semakin berat ke kiri
rase mahu potong sahaja sebelah kiri ini

tuhan
ampunkan aku
aku pasrah kali ini
ape yang terjadi
aku mampu menyerah kepada-NYA
aku bertaubat
ini yang terakhir untuk kesekian kalinya..

yang nyata..aku semakin polos

Monday, November 16, 2009

dan hiba kembali lagi

7bulan dah berlalu
sunyi,sepi dan kesepian,
belum puas aku mengembara sebenarnya,
johor,perak dan kini..
putrajaya.

mungkinkah ada lagi pengembaraan ku selepas ini??
hakikat yang sebenarnya,
aku rindu suasana di kolej,
aku rindu suasana di politeknik JB,
hilai,gelak tawa staff yang memang penyayang..

naluriku..aku teringin kembali ke sana,
makan bersama encik Azman,Johaini dan Azmil.
Pandang Azura yang sentiasa tersenyum,
Kak Jah yang comel sentiasa,
Kak Dila,Kak D,Kak e'in,Encik midon,Kak Anne,Cik Azlina..
urm aku pasrah sebenarnya..
mungkin bukan rezeki aku,
tidak seperti temanku yang lain,
Bila keseorangan..
aku terdengar suara karom memanggil.
rasa hiba sedetik di hati,
dan yang pastinya..
encik Azman........

aku rindu die.

Tuesday, November 10, 2009

cinta sepi..

dulu cinta ada cakap cinta suka die..
kalau duduk kat dewan cinta mesti tengok die..
cinta tengok die hepy go lucky..
cinta suke..

ramai kawan-kawan die cakap tunggu cinta kahwin dengan die..
die baik sangat untuk cinta..
walaupun cinta ni macam nak xnak dia,tapi hakikatnya..
cinta je yang tahu..

cinta pernah cuba nak rapat dengan die..
tapi jawapan die tetap sama..
cinta tahu cinta yang sebenar tak boleh dipaksa..

semalam cinta pergi ke kuantan 3 hari,
cinta ada kursus..
cinta tergerak nak mesej die bagitau cinta ada di kuantan..
entah kenape cinta tergerak tanya satu soalan kat die..
walaupun die bagi jawapan yang tak memuaskan hati cinta..
tapi cinta faham..
cinta tibe2 mengalir air mata..
sebenarnya cinta memang sayang die sejak cinta kenal die..
tapi cinta tak pandai luahkan..
walaupun cinta sayang die..

untuk kawan-kawan cinta, cinta minta maaf..
cinta tak dapat tunaikan hasrat kawan-kawan semua..
cuma cinta harap die bahagia..
cinta sepi lagi sekarang..:(

Friday, November 6, 2009

minggu ini..


aktiviti minggu ini bermula malam ini aku ke Kuantan. Ada kursus 3 hari. Hati seronok tambah berdebar mungkin kerana tidak tahu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh sang penganjur kali ini. syukurlah jika kursus kali ini merobah diriku menjadi lebih baik.


*gambar ni mase aku pergi hulu Yam.heh

Thursday, November 5, 2009

chenta hatiku..

entri ini aku nk menyatakan yang aku buhsan!!

sepi

5bulan sudah aku bekerja,
apa yang tinggal cuma sisa kehidupan,
aku dah malas nak memikirkan masalah dunia sebenarnya..
hidup di sini pun seumpama pelarian,
pagi hilang, lewat subuh baru pulang.
terbaru sang kereta prejudis kepada kereta-kereta ku
umpama dirinya hidup seorang di dunia ini,
tunggulah..
masa mereka akan tiba juga.

bukankah aku seorang pendendam????

Friday, October 30, 2009

satu hati menjadi dua


hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping setelah kau pergi tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah antara kita masihkah ada sayang itu
memang salahku yang tak pernah bisa meninggalkan dirinya untuk bersama kamu
walau untuk terus bersama
kan ada hati yang terluka yang ku tahu kau tak mahu
sekali lagi maafkanlah kerna aku cinta kau dan dia
maafkanlah ku tak bisa
tinggalkan dirinya
mungkin tak mungkin untuk terus bersama jalani semua cinta yang telah dijalani tapi bila itu yang kau fikir terbaik untukmu bahagiaku untuk dirimu

*aku masih ingat lagu ini:(

cinta hati itu..

apa itu cinta monyet?? arini aku xtau kenape tibe2 nak citer sikit pasal cinta monyet. aku rase rindu tibe2 dengan kenangan lama. Maaf kalau entri kali ni terlebih panjang sedikit. aku mula bercinta mase darjah 6. nama gurlfren aku amalina.hehehe. sayang kat die tapi tibe2 berpisah sebab lepas masuk form 1 aku terus lost contact. sebab aku kan sekolah laki.
Pastu aku single sampai form 3. sambung balik bercinta dengan gurlfren lain nama nurul. ermm.ni yang aku paling sayang sebenonyer sampai sekarang.:(
aku putus mase form 4 pastu aku xpernah bercinta lagi tp aku kawan baik dengan seseorang namanye farhana. yang ni payah sikit sebab xpernah declare pun. lame aku kawan ngan die, da macam gurlfren..tapi.... erm.
tapi aku ade secret admire namenyer ifwa..wei aku sayang die sangat.tak tau kenaper.. tu mase aku form 5..:)

*sebenarnya aku bahagia bile dapat kenal dengan kawan2 kolej aku dulu. sayang mereka semua.

Wednesday, October 28, 2009

yang sebenarnya bunga kantan


ini sepatutnya begini. nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. susah dunia sekarang. teringat ibu durjana yang berlabelkan lelaki asing sebagai kekasihnya merogol dan membunuh anak yang x berdosa.

Wednesday, October 21, 2009

kenangan lama







gambar dalam simpanan yang masih tertinggal setelah laptop aku rosak hingga hilang semua gambar lama..




*takziah kepada kalid kehilangan bonda tersayang-alfatihah






Tuesday, October 20, 2009

tanPa kata

dari minggu lepas sampai ke minggu ni.. aku sibuk sgt dengan waran negeri dan badan berkanun yang x siap2 sampai ke arinie..rase nak bakar semua waran.hehehe
Mujur aku boleh balik lewat sentiase..masuk pukul 8pagi balik seawal pukul 10 malam.rutin harian keje untuk 2 minggu nie.
aku bosan..rase nak pegi bersantai di hujung minggu:)

JPA bagilah aku keje tetap..huhuhu

Monday, October 19, 2009

bosan

aku bosan terus pegi jalan-jalan..
best naik jambatan gantung. rase macam aku negro dari luar negara pulak.heh
urm gambar kabur. bongek kepada yang tukang mengambil gambar.terima kasih.

Thursday, October 15, 2009

majlis bersama///

nie keje hujung minggu aku bile x keje. ziarah jemaah dari Behrang Hulu. hehe

Saturday, October 3, 2009

rindu die..

semalam aku ke Damansara..bertemu chinta manis aku yang comel. rindu sangat dekat kamu mawk..irma xde pulak. aku sedih sedikit sebab kalaulah bebi,pakcik,wan, odah ader sekali.. bahagia rase hati ini..
mawk terima kasih layan aku ngan member-member aku.. sayang sangat kat kamu mawk..
jage diri..

*mujur aku x sesat cari rumah kamu mawk..hehehe

Wednesday, September 16, 2009

Miss Cape mengucapkan seLamat haRi RaYa maaf Zahir dan Batin. Datang ke rumah jika berkesempatan. :)

Friday, September 4, 2009

percintaan Tan Hong Ming dengan Syalipah Mokjilah

Siapa nama kawan baik awak?
Nama kawan baik saya Syalipah Mokjilah

Kenapa awak suka kawan dengan dia?
Sebab dia selalu kawan dengan saya

Siapa pula nama teman wanita awak?
Nama teman wanita saya Syalipah Mokjilah

Adakah dia tahu awak sukakan dia?
Tak tahu

Kenapa awak tak bagitahu dia?
Saya malu sebab saya takut semua orang tahu saya sukakan dia

.....................

Siapa nama kawan baik awak?
Nama kawan baik saya Tan Hong Ming

Siapa pula nama teman lelaki awak?
Nama teman lelaki saya Tumiran Sukiman

Awak tahu Tan Hong Ming sukakan awak?
Saya tahu sebab tu saya tak bagitahu die saya sukakan dia

Tapi Tumiran Sukiman tu siapa? Kata teman lelaki awak?
Tumiran Sukiman ayah saya

*kanak-kanak sekarang lebih bijak bermain kata.

Thursday, August 27, 2009

secebis harapan

Sayu hati bila mendengar perkhabaran ini.. Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof Dato Dr Ismail Md Salleh.. Al-Fatihah

Friday, August 21, 2009

masjid ini


aku teringin menziarahi masjid ini..Tuhan tolong makbulkan doaku..

kembali pulang

hari ni aku nak balik kampung sambut awal ramadhan di rumah.
semoga ia bertambah baik.

Thursday, August 20, 2009

ramadhan yang kian menjelma


cepat mase berlalu..2hari lagi kita akan berpuasa. semoga Ramadhan kali ni akan memberi sepenuh kesabaran untuk aku menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang semakin lama mencabar diri aku..
aku rindu suasana ramadhan di kolej.
Selamat Berpuasa Untuk Semua:)

Wednesday, August 5, 2009

sejuta kenangan yang aku tinggalkan

semalam aku dapat mesej dari dia..

'awak saya demam'..

ape aku nak buat.. aku sayang dia lagi tapi aku dah berpunya.. aku serbasalah.. aku tak tau ape aku perlu buat sekarang..:(

pegi klinik, mkn ubat..

............................................................................................................................................................

'awak marah saya lagi ker?'..

saya x marah awak cume saya kecewa..

'awak nanti raya datang la rumah'..

Saya nak datang tapi mak ayah awak camner..die xsuka saya:(

'awak kenapa da xnk mesej dgn saya lagi?Apa salah saya?'

awak x salah ape2 pun, saya yang salah..:(

'awak kenapa nie?? kenapa kite dah tak macam dulu??awak ada masalah?'

Saya takde pape..awak jage diri ye, jage kesihatan..saya sayang awak:( maafkan saya..

*ape aku perlu buat..aku sayang keduanya..maaf awak:(

Wednesday, July 29, 2009

la la la ku sayang kamu :)

la la ku sayang kamu
la la memang ku cinta
la la la la..

Ku taruh hati ku
pada bicara tentang cinta
kau mungkin pun tahu
kata hati mu

Aku cuba lupakan
tapi ku tak terdaya kasih
namun sayang yang hadir
membawa sinar

Lena aku didalam pelukanmu
ku tak pernah rasa cintamu sebegini
bisakah kau terus begini
pertahankan cintaku

Kata hati jangan lepaskan cinta
kerna kita seharusnya hidup bersama
biar badai datang melanda
cinta tak akan goyang

Masa akan tentukan
kesetiaan hati ini
kita terus begini
hingga akhirnya ohh

Memangku cinta
ku sayang kamu

Aku cinta
ku sayang padamu..

Monday, July 27, 2009

selamat tinggal..


banyak kenangan aku dengan kereta nie.. terima kasih.

Friday, July 24, 2009

jaMban automatik



Aku tak tau kenape aku menyampah giler dengan jamban automatik ni.. sakit ati giler...


bodo..





Wednesday, July 22, 2009

yang ditolong pun menolong..

gadis yang gemar menari seksi sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali


Hasil dari tarian gadis seksi di atas

*waspadalah dengan lelaki yang tidak dikenali

Tuesday, July 21, 2009

keje senang..lalalalala

hari ni seharian keje aku senang giler.. hehehe.. aku tak buat mypost waran perjawatan aku, aku tak buat semakan kat waran, tapi aku tidur, makan,tidur..
ermm.. ini ker suasana keje dengan kerajaan??
seronok tapi merana..wuhuhuhuu

JPA peneraju perkhidmatan Awam,.
aku bangga keje kat cinie walaupun kontrak jer..takpela, mudahan ada rezeki untuk aku kat sini..:)

mimpi itu mainan tidur

aku bermimpi buruk malam tadi.. gigi aku tanggal..hmm, ape maknanya.. walaupun orang tua cakap berkemungkinan ada saudara rapat yang akan pergi meninggalkan kita, tapi itu semua kuasa tuhan.. aku redha dan pasrah.. aku cume berharap.. panjangkan umur keluarga aku semua.. aku tak nak terlalu memikir..
aku sayang mereka..

Hard To Say I'm Sorry

Everybody needs a little time away
I heard her say
From each other
Even lovers need a holiday
Far away from each other

Hold me now
It's hard for me to say I'm sorry
I just want you to stay

After all that we've been through
I will make it up to you
I promise to

And after all that's been said and done
You're just a part of me I can't let go

Couldn't stand to be kept away
Just for the day
From your body
Wouldn't want to be swept away
Far away
From the one that I love

Hold me now
It´s hard for me to say I'm sorry
I just want you to know
Hold me now
I really want to tell you I'm sorry
I could never let you go

After all that we've been through
I will make it up to you
I promise to

After all that's been said and done
You're just a part of me I can't let go

After all that we've been through
I will make it up to you
I promise to


*sorry 4 everything

Monday, July 13, 2009

dedikasi untuk wan yang aku sayang..


:'( wan, aku ni is.. aku mintak maaf sebab dah lame tak mesej ko.. sebelum ni aku ade mesej odah tanyer keadaan kamu tu, tapi odah cakap kamu makin teruk.. semalam ahad (12 Julai 2009 ) mase ko mesej aku, aku ader kat dalam kete, on t way nk blek kL.. aku terkejut bile tengok mesej ko.. aku sediy la, bile ko cakap sakit ko tak baek lagi..:( tapi wan, nanti aku usahakan yer wan, mintak tolong ayah aku carikan saper2 yang boleh ubat sakit ko tu.. kiter kawan da lamer. dah macam adik-beradik.. cume aku harap ko sabo la..
mingu ni kalau aku balek lagi, aku ziarah ko k.. untuk odah, please.. sentiase bagi semangat kat die k.. aku sayang korang semua.. mawk, ema, bebi.. kite doakan wan sehat k..

Thursday, July 9, 2009

buHsaNNNNNN

malam tadi aku tibe2 teringat zaman sekolah aku.. entah, rase macam nk kembali balek kat zaman sekolah..:( aku rindu kawan2 aku. aku nk belajar pandai2.. sedih sebab impian aku musnah sebenarnya.. aku dah tak mampu nk tunaikan janji aku yang tinggal janji.. cuma aku harap sekarang aku da mula bukak buku baru..cara baru dgn impian baru.. aku da tak nak pikir yang lame. aku mintak maaf kat seseorang sebab aku terpaksa tinggalkan dia..bukan aku tak nak, tapi aku da tak nak ingat kenangan lame yang menyakitkan hati.. aku sayang die.. tu jer dah cukup. aku tau sendiri sudah..
Banyak sebenonyer aku impikan, aku nak kereta,aku nak rumah, aku nk keje tetap, aku nak isteri, aku nak anak..hehehe
tapi yg paling penting..aku nak aku berubah..aku da mula belajar susah hidup walaupun dulu aku da biase keluar masuk kebun, tapi aku nk berdikari sekarang..
:))))))))))))))))):)))))));))))))

something stupid

kadang-kadang aku rase diri ni bodoh sangat.. pakai sesuatu yang memang sah bukan milik kita tapi last owner mintak balik pulak..huhuu.. tensionnya aku.. maner aku nk cari ganti barang kesayangan aku ni.. tau awal2 dulu aku tak pakai. naseb bek bapak aku tolong aku carikan barang yang lain.. pasni memang sah jadi milik aku.. hehehehehe

Monday, June 29, 2009

Hidup Aku Yang Penuh Dengan Impian..

da lame aku x tulis kat blog nie..rindu rasenyer.. lepas praktikal aku terus merantau kemane tempat yang aku rase nak pegi.. dari JB Pasir Gudang ke Jabatan Perangkaan Ipoh dan sekarang di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Putrajaya..
Aku harap aku akan terus dapat mengejar cita2..
Terima kasih JPA.. kau temukan cintaku yang baru..:)

Friday, April 3, 2009

izinkan aku..


izinkan aku berjumpa dengan kamu sebelum kamu mendirikan rumah tangga..

* tak berniat nak melukakan sesiapa

Tuesday, March 31, 2009

kadang-kadang kita terlupa..

kadang-kadang kita terlupa,
2 sahabat serumah bersama,
2 sahabat dari negeri yang sama,
berselisih faham hal kecil sahaja

kadang-kadang kita terlupa,
si dia mengadu masalah berlaku,
si dia lagi satu juga mengadu,
hanya terdaya mendengar sahaja.

kadang-kadang kita terlupa,
sebab duit semua gelap mata,
mahu 4 ketua nya berkata,
yang lain pula hendak letak di mana.

kadang-kadang kita terlupa,
tuhan marah bila bermusuhan,
aku ini tidak menangkan sesiapa,
kerna keduanya sahabat lama.

kadang-kadang kita terlupa
hampir berpisah kita semua,
masih terdengar suara berkata,
tidak puas hati sesama dia

kadang-kadang kita terlupa,
datang ke sini bersama-sama,
menumpang kasih pada si dia,
mujur ada tempat bersila.

kadang-kadang kita terlupa
kawan yang baik di depan mata
walaupun jahat buruk sikapnya
percayalah..kita ini satu keluarga.

kadang-kadang kita terlupa
mereka bergaduh kerana kasihnya,
aku ini tidak berdaya..
maaf..aku sayang kamu semua.

Monday, March 30, 2009

...

2minggu lagi abes praktikal.. aku tak sedih tapi kecewa sebab hanya itu yang mereka mampu bagi.. ermm.ape la..kedekut betul..kalau x bole aku meneruskan hidup di sini dengan suasana opis jabatan ni..
percaya la.. aku akan rindu mereka semua..

Thursday, March 26, 2009

huhuhuu

badan aku da 2 hari rase macam x sedap jer ni..nak demam.. tekak pun da sakit, selsema lagi.. seram sejuk rasenyer.. aduii.. lemahnyer badan..

:(

Monday, March 23, 2009

maaf..

maaf kawan..
aku x berniat nak jauhkan diri dari kamu atau sombong dengan kamu.
aku tau ape aku mahukan dan aku tau ape aku perlu buat,
aku da malas nak berharap sesuatu yang x pasti,
aku tak berduit sekarang..
tapi..
aku mahu kamu kawan..
aku sedar, cinta sahaja tak mencukupi,
jalan penyelesaian..aku cuba mengundur diri..
aku nak menjamin diriku dahulu..
aku da puas berharap..
tapi penamatnya aku dah tahu bagaimana..
jadi lebih elok aku memendam sahaja dahulu perasaan ini..
aku tak mahu ditinggalkan lagi..

form 6 HSBP

teringat kamu kawan..

Wednesday, March 18, 2009

kenangan lama berlaku lagi..


makin lama hati aku makin lemah..rase nak buat ape2 pun malas.. report L.i x buat lagi. entah la.. macam2 berlaku sejak2 ni. dan paling mengejutkan bila 'kawan baik' aku sendiri dapat sambung belajar.. bukan kat malaysia tapi kat Jepun atau new Zealand..:( dapat taja biasiswa katanye.. ape aku nak buat lepas ni.. L.i da nk abes.. aku ngan 'kawan baik aku tu pun da makin jauh jer.. entahla.. aku tau lepas ni semua akan kembali macam dulu.. aku tetap keseorangan, pegi kebun, balik kebun..:'( tuhan je tau perasaan aku ni..cuma bernasib baik dapat kawal sebab aku still cube kuatkan semangat ni.. Ingat dulu macam maner amalina, nurul hilang macam tu jer.. dan sekarang...:'( please aku da xtau nk buat ape sebenarnyer.. aku rindu kawan2.. aku tau aku da xder die lagi. aku faham dan aku terima ape pun berlaku.. aku just harap 'kawan baik' aku berjaya dalam hidup die.. jage diri kawan..:'(

*aku xberniat nak melukakan hati sesaper.. maaf kawan yang mengenali diriku.. aku insan biase..

apabila rumah diselubungi kabus

aku duduk kat pasir gudang ni rase macam dekat cameron highland.. sentiase berkabus dan sejuk.. Maklum je la, duduk di tepi gunung..:)

Monday, March 16, 2009

pengHujung fantasi cinta..


Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda
Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi
Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku
Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu
Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu
Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh
Ku di sini untukmu (ku di sini untukmu)
Kau bersedialah untuk menerima
Cinta yang takkan luntur

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

the naughtiest girl in the school mysL


bile aku tengok buku ni.. aku teringat tugasan tambahan yang dr.zainuddin bagi kat aku suruh translate dari bi ke bm..huhuu.. tapi mujur ade sorang budak pompuan mawk si pungguk tenggek menolong aku membuatnya.. terima kasih kerana sudi menyiapkan kerja-kerja ku yang sememangnya aku ini pemalas dalam membuat kerja-kerja sebegini.. terima kasih jugak kat khalid.. tuan punya buku ni..agaknyer..hehehe

Wednesday, March 11, 2009

bercuti di hujung minggu

minggu ni 13 sampai 17 mac 2009 aku kene pegi shah alam untuk jadi pegawai pengiring sesi pemilihan kontinjen bahagian pendidikan khas ke kejohanan sukan orang pekak malaysia 2009.. adui lamenyer.. pastu 20 sampai 22 mac pulak pegi kem kat melaka.. penatnyer....

Thursday, March 5, 2009

enak dan mengenyangkan

saper2 yang penah dok umah 10-8 mase kat kLH dulu mesti tau makanan harian ni mase kite semua diputuskan tiada lagi bekalan elaun oleh mFD.. rindu mereka semua..

Monday, March 2, 2009

sewa umah perlu dibayar

aku tulis ni bersamaan dengan 2mac2009.. aku punyer sewa umah sebulan rm4oo. duit aku cukup untuk aku makan jer..sewa umah pulak tiap2 28hb bayar. so camner aku nk bayo sewa umah.. tanyer kumad pasal elaun, cek bole setle dalam mase 3hari. hafidah kata.katanyer..aku tergelak sendirian.. biarlah.. ni tadi aku mesej feat kata minggu depan..lagi aku tergelak..em..ok.. xpela.. duit tu bukan ader pada aku.. tapi kasihan la saper2 yang menguruskan duit tu.. aku rase jadi peon kerajaan pun mesti xlepas orang tu.. sebelum ni pun da selalu macam ni.. biarlah.. aku bukan mata duitan sangat..tapi aku kasihan kat kawan laen yg hidup menyewa macam aku ni.. camner diorang semua agaknyer.. lagi yg da dewasa, ibu bapa xder..kat maner diorang nk mintak sumber kewangan.. aku tau aku x berhak nk bersuara tapi jangan sampai aku bersuara..itu jer.. sebab aku still hormat seseorang dalam ngo itu kerana dia baek dengan uncle aku.. ok xper.. ape2 pun aku harap kawan2 semua..kita jgn berpecah..sebab bile kite kuat semua yg poyo dan bongkak akan takut dengan kite..aku da penat dengar bende2 ni selama 2 tahun..  macam pensyarah kat politeknik jb tempat aku ni cakap, orang pekak perlu diajar cara menguruskan masa.. belajar hormat orang laen..
pape pun... kalau elaun masuk hari ini, lega mungkin tapi jika masih tidak masuk..??????

*jgn percaya sangat dengan orang yang cuba bermulut manis dengan kita pada mulanya kita belajar di mysL centre itu..

Tuesday, February 24, 2009

tidur penting untuk sehat dan kuat

aku doakan semoga semua kawan-kawan aku sehat dan gembira sentiasa.. :)

Wednesday, February 18, 2009

Lukisan terbaik


aku xnak tipu diri sendiri. aku nak jujur.. untuk pengetahuan semua, inilah lukisan terbaik pernah aku buat menggunakan komputer. sebelum ni aku buat xpenah siap.. akhirnya aku siap setelah 2 hari berhempas pulas menyiapkannya. aku yakin, kalau pensyarah di politeknik jb ini melihat lukisan ini pasti aku dipujinya lantas memberikan kredit dengan cemerlang atau bahasa lebih baik dipanggil 'A'. Lukisan ini tentang suasana kampung di tepi sawah ketika matahari mula nak terbit.. dengan air sungai yang mengalir.. erm..bahagianya duduk di sini. Buah epal pula sedang mula masak meranum. aku suka lukisan ini. aku pasti korang semua pun suka.. ini karya aku. jangan difotokopi. 'mr.cape'

YB biol..

aku ni dendam sampai mati.. aku balek kampung bulan 3 ni aku nak selesaikan satu perkara.. tunggulah.. jangan ingat ko yB ko boleh buat ape sajer.aku ngan bapak aku lagi bole buat ape sajer untuk jatuhkan ko wahai yB biol. tunggula..

untuk perhatian ajk Gen X

kepada semua ajk gen x, dengan ini saya mengumumkan saya ingin keluar dari gen X dan meletak jawatan sebagai ajk jika ada lagi nama saya di dalam ajk gen X. Tidak mahu terlalu hipokrit, kerana masalah masa dan tempat tinggal yang jauh dan merasakan ada lagi orang lain yang lebih layak memegang jawatan itu.... saya dengan rela hati meletak jawatan terus..
yang benar nor iskandar nasir ///.

Monday, February 16, 2009

palestin


kaSihan paLestin itu..

aku baru dengar ceramah tentang palestin dekat dewan kuliah utama.. aku rase tu bukan ceramah tapi lebih kepada penerangan.. seronok dapat maklumat tambahan.. aku suke bende2 camni cuma xder mase jer nak luangkan mase dengan bende2 camni.. tapi bila pikir balek bagus jugak ade bende macam ni.. sekurangnya kita tahu apa sebenarnya berlaku.. aku da malas nak pikir pasal politik kat malaysia ni.. aku da tawar hati.. masing2 gila kuasa.. paling aku sedih bila orang melayu sendiri cuba halang perjalanan raja muda perak Raja Dr.Nazrin Shah.. bodoh melayu itu.. aku xsebelahkan mane2 pihak Cuma aku harap melayu kat malaysia ni beringat la...jangan kita jadi macam singapura..

untuk palestin.. peace no war..insyaallah.

*aku tulis ni mase jumaat pagi lepas abes ceramah.

Bos iron man dengan anak-anaknya..



2 hari lepas, Encik azman ade tunjuk aku something yang buat aku teruja sebenarnya.. robot-robot iron man yang sudah di baikpulih semula dengan wajah yang baru.. aku sebenarnya x berapa minat robot-robot ni sebab mase aku kecik dulu, robor-robot kesayangan aku macam robocop, spiderman, batman dan ultraman termasuk askar-askar yang aku kumpul begitu banyak telah diambil dengan mudahnya oleh sepupu-sepupu aku yang mase tu masih kecik lagi.. jadi sebenarnya memang aku geram dan cuba nak lupakan pasal robot-robot jenis macam ni.. tapi.. bila encik aZman tunjuk aku iron man die.. aku rase teruja giler dan nak kumpul balek bende-bende macam tu kat umah.. peduli ape orang nak cakap.. pasni xder saper bole ambik barang-barang tu dari aku.. hehehehe