A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Tuesday, May 31, 2011

Di Penghujungnya..


Bila setiap tutur kata
Yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan
Sayang tiada akhirnya bertengkar
Dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa
Hati yang tawar

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedang dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya…

Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa…
Hati yang tawar

Kudoakan mu
Dapat ketemu
Seorang insan
Yang lebih baik dariku

Doakan aku
Dapat ketemu
Cinta yang lain
Untuk menemani hidup…

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedang dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba

Di penghujungnya…


tahniah kawanku..

Selamat pengantin baru kepada kawan kecil hingga besar saya Ahmad Shakiren.. Semoga kekal ke akhir hayat. maaf tak dapat hadir diatas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Trip Ke Kuala Kangsar, Perak 29 Mei 2011

bengkel pembuatan labu sayong

berehat sambil berbual

hasilnya

kampung yang indah dan permai

di rumah pengantin

luar perkarangan rumah pengantin

sesi bergambar


bersama rombongan JPA, BPO ke Kuala Kangsar meraikan majlis perkahwinan salah seorang staf JPA. Sambil itu sempat melawat ke bengkel pembuatan labu sayong..

Monday, May 30, 2011

Steak

Di suatu malam yang kelaparan sambil menempah steak di Austin Steak Bangi.. Nyumm

gambar lama di khemah


Ulu Bendul

Cendawan tumbuh



Di hadapan rumah saya di kampung mula muncul cendawan kulat yang tumbuh seakan tumbuhan hiasan. Diambil oleh jurufoto amatur sangat menakjubkan. kihkih..

Ketika gerimis di Istana Kehakiman Putrajaya..


Tak perlu nak edit atau touch up.. real gambar dari photographer amatur..

TELUR


Berjalan-jalan di GIANT Sri Kembangan tetibe ternampak bende alah ni dekat tempat jual telur.. Hadoi..kiut wei..

Hoi charger


Sudah lali apabila mendengar suara FT di opis gomen meminta saya menggantikan charger yang telah lesap di dalam beg pinjaman laptop saya ini. Walaupun sedar jika mengikut undang-undang, tetap saya dipersalahkan tetapi jika hakikatnya saya tidak menghilangkan, maka saya akan mempertahankan hak saya. Jika disuruh bayar, kita dengan rela hati bayar, wahh makin naik lemak la. banyak cantik. Ingat ape..kalau tak HALALkan so faham2 je la okey. Lebih baik berdiam diri dan biar mereka mencari saya. Pilih lah, nak charger atau laptop.

*entri ini menggunakan perkataan 'saya' bagi urusan RASMI sahaja. Lancau la..

Friday, May 20, 2011

minggu hadapan..

off to CyberJaya..

Kopi yang bercampur-campur


Kopi.. tipu kalau aku cakap aku bukan penggemar kopi. Kopi ni bagi aku boleh buat kite stress berkurangan. Dulu minum kopi tak jadi hal pun, masalah lagi la takde. Masa kat kampung, kopi feveret menu setiap pagi.. petang pun ada jugak. kopi boleh dibawa pergi ke kebun, pergi sekolah.. Dulu masa sekolah rendah, aku pergi sekolah pun bawak bekal air kopi. sekolah menengah je tetibe agak segan sikit. Sebab Sekolah menengah sekolah kat bandar..:)
Berbalik cerita kopi.. kenapa sekarang boleh munculnya macam-macam campuran..dengan gelatin babi semue..haiisshh.. takkan semata-mata nak buat kopi tu lagi sedap, macam-macam campuran digunakan.. siiimmpangg:(
Kat kampung aku, sampai sekarang aku minum kopi cina. tetap aku dan keluarga yakin kehalalannya..hehe. sebab dah lame dan bertahun-tahun memang beli kopi bungkus plastik yang dibuat sendiri oleh cina tu.... sedap pun sedap..
Cume, baru-baru ni dikejutkan dengan berita Kopi Kluang kene serbu dek kerana tuduhan ketidak HALALnya.. hmm memang memeranjatkan. Tapi kite tunggu sahaja la laporan sebenar dari makmal kimia dalam masa terdekat ni.
Walau ape pun..kopi tetap menjadi pilihan aku..hehe

Wednesday, May 18, 2011

Selesai Tugasan Permulaan

Alhamdulilah, sudah seminggu berlalu dan kini hanya berserah kepada yang berkuasa.. Ditambah lagi dengan rezeki yang tak diduga di mana pada hari Sabtu yang lepas didatangi seorang sahabat menanyakan sesuatu yang diinginkan dihadapan rumah.
Ternyata, jika rezeki tidak kemana. Hari isnin memberi kejutan setelah hasil perbincangan berjaya, malam itu juga diberi sekeping kertas bernombor siri dengan nilai yang agak besar. Selepas ini hanya menunggu masuknya lagi beribu-ribu kertas bernombor siri secara berperingkat. Insyalah jika segalanya berjalan lancar, perubahan baru dalam diri kami sekeluarga setelah puas berhadapan dengan cabaran yang cukup getir.
Diharap ianya akan terus berterusan hingga akhirnya..
Rezeki itu memang sentiasa ada pada setiap hambanya.
Aku pula sudah mula mengukir senyuman kembali.:)

Monday, May 9, 2011

Minggu ini..


Minggu ini adalah minggunya.. Semoga minggu ini berjalan dengan lancar..
Perkenankan segalanya..

Thursday, May 5, 2011

Cemburu ni boleh membawa maut..


POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.

Sebab cemburu punya pasal, orang lain jadi mangsa. Dulu sayang kini benci. Entah ape-ape la dunia sekarang. Lebih baik ade duit terus kawen. Sebab nafsu terus lupe Tuhan. Bolo punye olang.

Wednesday, May 4, 2011

masih lagi teringat

di rumah salah seorang rakan

bersama Encik Zulkhairi kalau tak silap