A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, May 18, 2011

Selesai Tugasan Permulaan

Alhamdulilah, sudah seminggu berlalu dan kini hanya berserah kepada yang berkuasa.. Ditambah lagi dengan rezeki yang tak diduga di mana pada hari Sabtu yang lepas didatangi seorang sahabat menanyakan sesuatu yang diinginkan dihadapan rumah.
Ternyata, jika rezeki tidak kemana. Hari isnin memberi kejutan setelah hasil perbincangan berjaya, malam itu juga diberi sekeping kertas bernombor siri dengan nilai yang agak besar. Selepas ini hanya menunggu masuknya lagi beribu-ribu kertas bernombor siri secara berperingkat. Insyalah jika segalanya berjalan lancar, perubahan baru dalam diri kami sekeluarga setelah puas berhadapan dengan cabaran yang cukup getir.
Diharap ianya akan terus berterusan hingga akhirnya..
Rezeki itu memang sentiasa ada pada setiap hambanya.
Aku pula sudah mula mengukir senyuman kembali.:)

No comments: