A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Thursday, December 29, 2011

Hari menyusun kerusi



Kalau dah namanye pun keroje,, ape yang disuruh kenelah buat..

Wednesday, December 28, 2011

Untuk peringatan bersama

Sekadar peringaTan.

Pada 31 disember 2011 jam 23.59pm, dipohon kepadasesiapa yang ingin masuk ke tandas agar berwaspada kerana dikhuatiri dan diyakini selepas anda keluar semula dari tandas, anda akan ke TAHUN HADAPAN!!

Thursday, December 22, 2011

Cerita tentang sahabat:-( ,


adakala kita tidak sedar, kita bercinta terlalu lama,tetapi hanya disebabkan 'tiada jodoh', cinta yang kita sayang itu telah pergi meninggalkan kita. Bukan mengeluh takdir, tapi agak terkilan kerana dek kerana cinta kita terputus di tengah jalan, kita hilang 1 sahabat.. .
Dan aku..pernah kehilangan satu sahabat sejati. Hanya apa yang diharapkan, kami mampu berkawan semula dan meninggalkan kenangan lama yang pahit. Aku tak nafikan yang aku sepi tanpa dia.
Apa yang aku harap, cinta baruku ini akan terus berkekalan sebab 'dia' ternyata lebih memahami diri aku yang polos ini.. Maaf sekali lagi..
#biarkan ia pergi,,

Wednesday, December 21, 2011

Alhamdulilah

Setelah sekian lama menyepi, Alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk mencoret sedikit cebisan dari hati yang tersirat ini. Sesungguhnya banyak kenangan, suka duka sepanjang 2011 ini. Yang pasti ia akan tiba di penghujungnya..
Terlalu singkat masa berlalu. dan masa yang singkat ini membuatkan aku merindui semua kenangan yang pernah dilalui.. Semoga penghijrahan kali ini memberi sinar baru kepada diri aku.
Sayang kamu semua sahabat..

Wednesday, October 26, 2011

Aku bukan pelupa




Nampak tak kesemua gambar di atas aku memakai baju berwarna biru. Untuk pengetahuan itu adalah baju yang tertera logo MFD (Persekutuan Orang Pekak Malaysia). Walaupun aku tahu mungkin aku tidak dapat berkhidmat untuk warga Pekak khususnya, tetapi hati aku tetap meletakkan mereka sebagai insan yang istimewa. aku lebih rela memakai baju ini bukan untuk menunjuk tetapi biar orang dapat mengenali MFD. Itu sahaja. Secara tidak langsung itu sahaja yang mampu aku balas segala jasa baik mereka membantuku dalam menggenggam segulung Diploma.. Terima kasih. Walaupun jauh di sudut hati ingin kembali ke kerjaya Interpreter, tetapi aku yakin, rakan-rakan masih tetap teguh membantu golongan ini, Insyallah.
Dan aku yang semakin jauh ini, hanya mampu berdoa..agar Allah membantu urusan kita semua.

Perpisahan aku di JPA Putrajaya

Bos Tuan Haji Aminurrahim

Yusra dan Yana = 2y

Upacara memotong kek

senyum:)

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi rupanya aku tak ambil. Tertinggal di PC ofis..hadoii.. alamatnya sudah ghaib la.. apepun, terima kasih sangat kepada yang sudi menyiap serta bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan. Sayang mereka semua.
Jauh di sudut hati aku mengharapkan kita semua akan kembali berkumpul seperti dahulu. Masing-masing dengan perangai bodo siam semua. Bahagia sahaja rasanya..
Tapi masa tidak akan berputar kembali. Apa yang tinggal hanyalah secebis kenangan. Pohon maaf segalanya.. Insyalah kita semua akan berjumpa kembali..
*Tie yang berbaju cokelet+kuning pun sudah mendapat pekerjaan di Sarawak (UNIMAS). Diharap semua mereka akan mendapat kerjaya tetap. Insyalah.
BPO tetap di hati..

is..

Biarlah apa pun mereka ingin cakap dan berbicara..aku tetap aku dan aku tahu apa yang aku buat.. Sesungguhnya aku memang insan biasa yang lemah. Jauh di sudut hati aku merindui suasana itu tetapi benar kata nyamuk, menyepi serta menjauhkan diri itu lagi baik.
Aku bahagia di sini walaupun dikelilingi pekan koboi siam.. Zzzzzzz..

Bersantai di Kuala Terengganu

Dalam bot tunda di area Pasar Payang
Perahu in proses

Atas pelamin. *Misz Niza hepi bufday today:)


Hari Sabtu yang lepas, aku bersama segerombolan rakan menaiki bas untuk ke Kuala Terengganu menghadiri jemputan kahwin miss tuutt.. Layanan agak kurang menarik dari pihak pengantin. Maaf cakaplah.. Bukan ape saje buat untuk peringatan..besok kalau jemput orang datang pastikan tetamu dilayan sebaik-baiknya.
Papepun, lebih enjoy bersantai dengan rerakan di sekitar Kuala Terengganu..:)

*cer tengok mane ade gambar pengantin?hehehe

Thursday, October 20, 2011

Hadapi dengan senyuman

Zahirnya ingin mencari ketenangan, tersuratnya seakan tiada salahnya, tersirat masih dipendam, hati semakin bercelaru, airmata menjadi petanda, segala persahabatan semakin terasing, tiada niat untuk berbalah, tiada jiwa untuk melara..
hanya ku harap ini yang paling baik dek kerana terlalu menghargai keikhlasan dirinya..
Terima kasih atas segalanya

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik saja

Sunday, October 16, 2011

cerita di zaman dahulu

Lame juga tidak mengupdate blog ini. maklumlah,kesibukan bekerja membatasi segalanya. sedang membelek-belek laptop di dalmnya, terlihat beberapa keping gambar lama yang membangkitkan memori. kalaulah masa dulu itu boleh dikembalikan..


Mase zaman di kolej rajin juga menyertai sukarelawan-sukarelawan untuk kejohanan sukan


Menjadi pemerhati


zaman muda memang gojes.. bersukaria di Sunway Piramid

Sunday, September 11, 2011

aku kini berkhidmat di sini..

pintu masuk

pemandangan dari atas

Pengetua, GPK 1, guru serta beberapa pelajar

smk Kelapa Sawit

Semakin hari, semakin selesa aku di sekolah ini. Dengan karenah guru-guru, tukang kebun yang memang baik hati, pembantu makmal yang separa hebat serta budak-budak sekolah yang memang hebat tingkah lakunya..
Setiap kali mereka lalu di hadapan bilikku, setiap itu juga aku berdoa agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..
aku faham..
harapan ibu bapa untuk mereka sebagai pelajar terlalu tinggi..aku pernah merasainya..

Monday, August 29, 2011

3 kata..

sejujurnya..aku merindukan 3 kata ini.
semoga segalanya berjalan dengan lancar, insyalah

*salam aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua.

Saturday, August 13, 2011

mari mengetik kad orang lain..

dah hampir 2 minggu aku berada di sekolah ni.. Rasa sunyi, sepi pun ada.. tapi apa yang paling menarik dekat sini adalah sikap mereka iaitu cikgu-cikgu yang suke mengetik kad cikgu lain..(haishh rasa macam nak ketip je kukunya..)hehe
ala bukan marah pun nak mengetik atau lebih femes dikenali sebagai 'punch card', tapi kalau boleh sorokkan la sikit..jangan sampai nampak i yang baru nak mula bekerja ni..hehe
Mujur cikgu-cikgu di sini comel-comel belaka, sejuk juga hati melihat diorang berpunch card beramai-ramai.. ( sambil berkata dalam hati, nantilah ko kalau ko duduk dekat bangunan kerajaan kat Putrajaya tu, taulah naseb korang)!!

*entri kali ini tiada gambar kerana tidak mahu memalukan sesiapa..

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki dari-NYA

Semakin selesa di tempat baru. Insyalah, setelah selesai segalanya, akan diupdate semula blog ini..
Namun, jauh di sudut hati rindu mereka semua di BPO Putrajaya.. :(

Jaga diri kamu semua sahabat..

Thursday, July 21, 2011

Orang cakap..

Orang cakap kalau bergambo dengan orang kaya nanti kita pun jadi kaya.. ye tak ye je.. tapi sekarang aku memang tengah bergambo dengan orang kaya ni..hehehe
di suatu senja..musim nan lalu..

*tadi baru kejap nolong ngangkat barang-barang di bilik stor sukan untuk hari keluarga Sabtu ni..erm, barang aku kat atas meja ni bile la nak dikemasnye ye..uhu

Hari-hari yang tinggal di BPO Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

mari ber SMS
bertiga
cc Julina
cik Pelita Hiasan
mula senget
air tegukan
bakal cikgu makmal
kerja-kerja terakhir di BPo
mata sepet
hoho
macam orang tua

Di BPo ni badan aku makin gemuk syial.. perut pun dah macam bapak orang anak 5..hadoi..kene diet la nampaknye.. maklumlah nanti anak murid tegur payah pulak.. tak tau nak cover camner..hoho..
taknak lew nanti dengo tetibe..''cikgu,nak tanye la..erm anak cikgu dah berape..?'' mau makan pelempang ajaib lepas ni kalau ditanye begitu..ehe..

Wednesday, July 20, 2011

Gemuruh jiwa..semangat membara..toing..toing..




















*sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan di BPO, Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia. 2 tahun aku disini terlalu banyak kenangan pahit manis.. semoga kita semua terus maju jaya..
Jaga diri kawan.