kadang-kadang kita terlupa,
2 sahabat serumah bersama,
2 sahabat dari negeri yang sama,
berselisih faham hal kecil sahaja
kadang-kadang kita terlupa,
si dia mengadu masalah berlaku,
si dia lagi satu juga mengadu,
hanya terdaya mendengar sahaja.
kadang-kadang kita terlupa,
sebab duit semua gelap mata,
mahu 4 ketua nya berkata,
yang lain pula hendak letak di mana.
kadang-kadang kita terlupa,
tuhan marah bila bermusuhan,
aku ini tidak menangkan sesiapa,
kerna keduanya sahabat lama.
kadang-kadang kita terlupa
hampir berpisah kita semua,
masih terdengar suara berkata,
tidak puas hati sesama dia
kadang-kadang kita terlupa,
datang ke sini bersama-sama,
menumpang kasih pada si dia,
mujur ada tempat bersila.
kadang-kadang kita terlupa
kawan yang baik di depan mata
walaupun jahat buruk sikapnya
percayalah..kita ini satu keluarga.
kadang-kadang kita terlupa
mereka bergaduh kerana kasihnya,
aku ini tidak berdaya..
maaf..aku sayang kamu semua.
No comments:
Post a Comment