A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR
nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter
Thursday, January 6, 2011
Langkah permulaan 2011 telah bermula
Bagi aku 2011 ini bermulanya langkah aku untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan ini. 2010 yang berlalu penuh dengan dosa hitam dan tiada kematangan hidup, aku akan terus mengorak langkah demi mencapai apa yang diimpikan selama ini.
Pernah di 2010 terfikir untuk bekerja tetap, tetapi ada seorang sahabat pernah berpesan bahawa tidak semestinya yang tetap itu terjamin masa depannya. Yang penting adalah diri sendiri.
Insyalah di 2011 seiring dengan azam yang semakin menginjak umur ke-24 tahun. aku akan berubah segalanya.. Segalanya aku pasrah dan setiap rezeki yang diterima adalah ketentuanNYA.
Tidak mahu menjanjikan apa-apa, tapi cukuplah kematangan hidup akan banyak mengajar aku untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaiK..
Aku mengharap keredhaanMu ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment