
Kalau dah namanye pun keroje,, ape yang disuruh kenelah buat..



Nampak tak kesemua gambar di atas aku memakai baju berwarna biru. Untuk pengetahuan itu adalah baju yang tertera logo MFD (Persekutuan Orang Pekak Malaysia). Walaupun aku tahu mungkin aku tidak dapat berkhidmat untuk warga Pekak khususnya, tetapi hati aku tetap meletakkan mereka sebagai insan yang istimewa. aku lebih rela memakai baju ini bukan untuk menunjuk tetapi biar orang dapat mengenali MFD. Itu sahaja. Secara tidak langsung itu sahaja yang mampu aku balas segala jasa baik mereka membantuku dalam menggenggam segulung Diploma.. Terima kasih. Walaupun jauh di sudut hati ingin kembali ke kerjaya Interpreter, tetapi aku yakin, rakan-rakan masih tetap teguh membantu golongan ini, Insyallah.
senyum:)
Biarlah apa pun mereka ingin cakap dan berbicara..aku tetap aku dan aku tahu apa yang aku buat.. Sesungguhnya aku memang insan biasa yang lemah. Jauh di sudut hati aku merindui suasana itu tetapi benar kata nyamuk, menyepi serta menjauhkan diri itu lagi baik.
Orang cakap kalau bergambo dengan orang kaya nanti kita pun jadi kaya.. ye tak ye je.. tapi sekarang aku memang tengah bergambo dengan orang kaya ni..hehehe
macam orang tua














