----------
A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR
Friday, June 24, 2011
Thursday, June 23, 2011
saya mahu tukar henfon
ini henfon diambil sesaje di mudah.my
okey, jadi sekarang saya mula berkire-kire ingin membeli henfon murah tetapi kiut seperti diatas.toing..toing..toing.. :)
Monday, June 20, 2011
Jambatan Sungai johor
boleh digunakanMungkin orang lain tak teruja, tapi aku teruja sebab lepas je menyeberang jambatan ni, terserempak dengan seorang awek memandu kereta proton Persona terbenam tayarnya. Mujur aku memandu 4x4. So dapatlah menolong tarik keretanya tu.
lalala..
Thursday, June 16, 2011
Antara Seth Tan (Nora Elena) dan Malek (KL Gangster)
Seth TanHancur.
MalekApe pun yang berlaku.., hakikatnye ini Seth Tan dan Malek, makin kaya..messti!! dan kita pulak, makin buang masa dan leka. hadoii..
Tahniah untuk Razwan Rahman
Tahniah kepada rakan-rakanku yang sudah berkahwin, kali ni kawan kampung aku, Razwan. Semoga menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. :)
Wednesday, June 15, 2011
Trip ke teluk gong Siri KEDUA
Tuesday, June 14, 2011
Gegaran kecil di Kompleks C Putrajaya
tempat mencari rezekiEhem, turun melalui tangga okey. jangan gedik nak turun menggunakan lif. Berebut-rebut nak turun.. Yang pompuan jangan cakap, bukan main kontrol cun nye nak nurun tangga. maklum la.. tumit tinggi katanya..
Dengar-dengarnya, gempa di Sumatera Utara dalam skala 5.. Harap tiada apa-apa yang buruk berlaku..
Setengah jam kemudian lepas berkumpul, dan bomba Putrajaya memeriksa bangunan, barulah kami dibenarkan naik semula untuk menyambung keje..
Aku macam biasa la..lepas naik je opis...ehem..
Lega.... :)
Friday, June 10, 2011
Apabila bos kawasan bercuti hari ini
Hari ni bos cuti, so rasa seakan fikiran melayang ingin mencari tempat berehat..hehe.. Kerja banyak dan semakin menimbun, besok nak pergi memancing kat rumah rakit..so hari ini adalah harinya untuk bersenang lenang..ngehngeh..Semua kerja di asingkan ke tepi, jadi.. rasanya mahu... lalala..
bye. :)
Nora Elena
nyanyi kejap.. Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa.. :)
sekarang semua tengah sibuk gila menonton drama adaptasi dari sebuah novel cinta, yang pasti drama ni memang betul-betul meletop.. Walaupun jalan cerita permulaan hingga ke penghujungnya seakan kita sudah tahu, tapi memang ada kelainan sedikit dengan cerita ni.. So begitu teruja untuk menonton episod demi episod seterusnya..
lalala..
Thursday, June 9, 2011
Memori lavender
indahnya bersamaMengisahkan percintaan 2 sahabat yang terpisah dari kecil. Simbol percintaan mereka adalah botol Lavender.. Sweet sangat wei..aku tak tipu. Pengakhiran plot cerita pun meruntun jiwa..hehe..bole nangis kalau sesape yang memahami jalan ceritanya..
So, sebagai tanda aku minat giler cerite ni, aku simpan lagu temanya kat dalam pendrive aku sampai sekarang..Maknenye dah 11 tahun..wow!! Tua dah aku wei..
Okey..tetibe hati teringin berkahwin...lalalala...
Wednesday, June 8, 2011
Ain dah kawen..hoyeeyy!!
tahniah ain.. alhamdulilah sudah selesai semuanya.. Semoga berbahagia ke akhir hayat.akhirnya,, jodoh yang terbaik sudah dimilikinya.. Aku tumpang gembira.
Panduan Mengerjakan Solat Taubat
Solat taubat dilakukan bila-bila masa sahaja setelah seseorang itu sedar akan kesalahan dan dosa yang dilakukannya. Solat taubat boleh dilakukan 2 rakaat dan 1 salam.RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Peringatan: Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb... Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih. Lafaz Niat أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Doa Sujud terakhir rakaat kedua. لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Istighfar-Istighfar 1. 100 kali أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 2. Tiada had لَا حَوْلَ Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar. 3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Doa Taubat أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Tuesday, June 7, 2011
Ke penghujungnya
cerita yang dulunya bermula indah seakan tiba ke penghujungnya apabila pelbagai halangan dilalui..Moga apa yang diterima bukan mudah untuk diluahkan semula.
Friday, June 3, 2011
Tetibe teringat..
Rasa macam nak kembali zaman sekolah rendah dulu-dulu.. dengan berpakaian ala skema, beg berat dan kasut sekolah warna putih, bangun pagi-pagi pastu naik basikal..petang pulak pergi sekolah agama. Seronok mase tu, maklum lah niat sebenarnya datang sekolah tu nak jumpe kawan pompuan.hehe..Walau ape pun, Alhamdulilah, habis jugak aku belajar.. TQ cikgu:)
Tahniah

sekarang memang musim orang kawen agaknya. tiap-tiap minggu ada majlis kawen. Papepun tahniah dekat lecturer di Politeknik JB, Puan Azlina yang sudahpun berkahwin. Alhamdulilah sudah berubah status. yang sebelahnya tu menyelit je, rakan kolej ku Piah. Maaf tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Kangsar mase ni.. Semoga berbahagia ke akhir hayat ya.. :)






























