Sultan of Johor in his Bugatti Veyron
Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan
Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru‐baru ini. Difahamkan
Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang
pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah
ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang
dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.
Sesuai dengan hobi Baginda yang gemar mengumpulkan kenderaan yang bertaraf
‘Super Car’ ini dan jarang dilihat di Malaysia. Jika diperhatikan pada gambar
dibawah, terdapat sebuah motosikal Honda C70 (anak panah) dan semestinya
lokasi ini ialah di Malaysia iaitu Johor Bharu. Menggunakan hiasan dalaman yang
berwarna biru gelap dan putih melambangkan warna bagi negeri Johor. Begitulah
sedikit sebanyak fakta yang mengatakan Bugatti Veyron berwarna biru muda dan
putih ini milik Sultan Johor.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer
sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu
setinggi 1800°C.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga
haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi manamana
kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar
yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam
masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat
sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu
bertahan selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah
RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta.
Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai
10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta
biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira‐kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah
kereta MyVi.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
No comments:
Post a Comment