A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Tuesday, July 19, 2011

Mari kita bercerita tentang Belangkas..

ini belakang belangkas ye kengkawan

ini masa nak menyiang belangkas

tengok, dah dipotong secara kecil

masak sambal berlada,,nyum!!

okey, mari kita mencuit potongan belangkas

lihat telurnya,lazat!!

erk,alhamdulilah..sepetang di Kota Tinggi kononnya

Hari ini kita akan bercerita berkenaan dengan belangkas secara tertib mengikut ayat bahasa Melayu sekolah menengah.
Belangkas ialah sejenis haiwan atau hidupan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas ini mudah ditangkap di tepi-tepi laut kerana ianya tidak pandai menggigit.
Apa yang menakjubkan tentang belangkas adalah, hidupan ini jika mana-mana anggotanya terputus boleh sambung kembali atau erti kata lain boleh 'tumbuh' semula..cheewah..

Keistimewaan belangkas adalah bahan di dalam badannya boleh mengesan virus dan toksin. wah!! boleh digunakan di dalam perubatan la maksudnya..dan, Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh umat islam.

untuk makluman, darah biru belangkas boleh dijual sehingga RM17500 seliTer di Amerika Syarikat!!!

No comments: