A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Tuesday, March 31, 2009

kadang-kadang kita terlupa..

kadang-kadang kita terlupa,
2 sahabat serumah bersama,
2 sahabat dari negeri yang sama,
berselisih faham hal kecil sahaja

kadang-kadang kita terlupa,
si dia mengadu masalah berlaku,
si dia lagi satu juga mengadu,
hanya terdaya mendengar sahaja.

kadang-kadang kita terlupa,
sebab duit semua gelap mata,
mahu 4 ketua nya berkata,
yang lain pula hendak letak di mana.

kadang-kadang kita terlupa,
tuhan marah bila bermusuhan,
aku ini tidak menangkan sesiapa,
kerna keduanya sahabat lama.

kadang-kadang kita terlupa
hampir berpisah kita semua,
masih terdengar suara berkata,
tidak puas hati sesama dia

kadang-kadang kita terlupa,
datang ke sini bersama-sama,
menumpang kasih pada si dia,
mujur ada tempat bersila.

kadang-kadang kita terlupa
kawan yang baik di depan mata
walaupun jahat buruk sikapnya
percayalah..kita ini satu keluarga.

kadang-kadang kita terlupa
mereka bergaduh kerana kasihnya,
aku ini tidak berdaya..
maaf..aku sayang kamu semua.

Monday, March 30, 2009

...

2minggu lagi abes praktikal.. aku tak sedih tapi kecewa sebab hanya itu yang mereka mampu bagi.. ermm.ape la..kedekut betul..kalau x bole aku meneruskan hidup di sini dengan suasana opis jabatan ni..
percaya la.. aku akan rindu mereka semua..

Thursday, March 26, 2009

huhuhuu

badan aku da 2 hari rase macam x sedap jer ni..nak demam.. tekak pun da sakit, selsema lagi.. seram sejuk rasenyer.. aduii.. lemahnyer badan..

:(

Monday, March 23, 2009

maaf..

maaf kawan..
aku x berniat nak jauhkan diri dari kamu atau sombong dengan kamu.
aku tau ape aku mahukan dan aku tau ape aku perlu buat,
aku da malas nak berharap sesuatu yang x pasti,
aku tak berduit sekarang..
tapi..
aku mahu kamu kawan..
aku sedar, cinta sahaja tak mencukupi,
jalan penyelesaian..aku cuba mengundur diri..
aku nak menjamin diriku dahulu..
aku da puas berharap..
tapi penamatnya aku dah tahu bagaimana..
jadi lebih elok aku memendam sahaja dahulu perasaan ini..
aku tak mahu ditinggalkan lagi..

form 6 HSBP

teringat kamu kawan..

Wednesday, March 18, 2009

kenangan lama berlaku lagi..


makin lama hati aku makin lemah..rase nak buat ape2 pun malas.. report L.i x buat lagi. entah la.. macam2 berlaku sejak2 ni. dan paling mengejutkan bila 'kawan baik' aku sendiri dapat sambung belajar.. bukan kat malaysia tapi kat Jepun atau new Zealand..:( dapat taja biasiswa katanye.. ape aku nak buat lepas ni.. L.i da nk abes.. aku ngan 'kawan baik aku tu pun da makin jauh jer.. entahla.. aku tau lepas ni semua akan kembali macam dulu.. aku tetap keseorangan, pegi kebun, balik kebun..:'( tuhan je tau perasaan aku ni..cuma bernasib baik dapat kawal sebab aku still cube kuatkan semangat ni.. Ingat dulu macam maner amalina, nurul hilang macam tu jer.. dan sekarang...:'( please aku da xtau nk buat ape sebenarnyer.. aku rindu kawan2.. aku tau aku da xder die lagi. aku faham dan aku terima ape pun berlaku.. aku just harap 'kawan baik' aku berjaya dalam hidup die.. jage diri kawan..:'(

*aku xberniat nak melukakan hati sesaper.. maaf kawan yang mengenali diriku.. aku insan biase..

apabila rumah diselubungi kabus

aku duduk kat pasir gudang ni rase macam dekat cameron highland.. sentiase berkabus dan sejuk.. Maklum je la, duduk di tepi gunung..:)

Tuesday, March 17, 2009

kenangan untuk kawan

...

hatiku da hampir nak rebah menyembah bumi macam pokok kelapa ni.. adui.... kuatkanlah semangat..:0

Monday, March 16, 2009

pengHujung fantasi cinta..


Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda
Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi
Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku
Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu
Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu
Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh
Ku di sini untukmu (ku di sini untukmu)
Kau bersedialah untuk menerima
Cinta yang takkan luntur

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

the naughtiest girl in the school mysL


bile aku tengok buku ni.. aku teringat tugasan tambahan yang dr.zainuddin bagi kat aku suruh translate dari bi ke bm..huhuu.. tapi mujur ade sorang budak pompuan mawk si pungguk tenggek menolong aku membuatnya.. terima kasih kerana sudi menyiapkan kerja-kerja ku yang sememangnya aku ini pemalas dalam membuat kerja-kerja sebegini.. terima kasih jugak kat khalid.. tuan punya buku ni..agaknyer..hehehe

Wednesday, March 11, 2009

bercuti di hujung minggu

minggu ni 13 sampai 17 mac 2009 aku kene pegi shah alam untuk jadi pegawai pengiring sesi pemilihan kontinjen bahagian pendidikan khas ke kejohanan sukan orang pekak malaysia 2009.. adui lamenyer.. pastu 20 sampai 22 mac pulak pegi kem kat melaka.. penatnyer....

Thursday, March 5, 2009

enak dan mengenyangkan

saper2 yang penah dok umah 10-8 mase kat kLH dulu mesti tau makanan harian ni mase kite semua diputuskan tiada lagi bekalan elaun oleh mFD.. rindu mereka semua..

Monday, March 2, 2009

sewa umah perlu dibayar

aku tulis ni bersamaan dengan 2mac2009.. aku punyer sewa umah sebulan rm4oo. duit aku cukup untuk aku makan jer..sewa umah pulak tiap2 28hb bayar. so camner aku nk bayo sewa umah.. tanyer kumad pasal elaun, cek bole setle dalam mase 3hari. hafidah kata.katanyer..aku tergelak sendirian.. biarlah.. ni tadi aku mesej feat kata minggu depan..lagi aku tergelak..em..ok.. xpela.. duit tu bukan ader pada aku.. tapi kasihan la saper2 yang menguruskan duit tu.. aku rase jadi peon kerajaan pun mesti xlepas orang tu.. sebelum ni pun da selalu macam ni.. biarlah.. aku bukan mata duitan sangat..tapi aku kasihan kat kawan laen yg hidup menyewa macam aku ni.. camner diorang semua agaknyer.. lagi yg da dewasa, ibu bapa xder..kat maner diorang nk mintak sumber kewangan.. aku tau aku x berhak nk bersuara tapi jangan sampai aku bersuara..itu jer.. sebab aku still hormat seseorang dalam ngo itu kerana dia baek dengan uncle aku.. ok xper.. ape2 pun aku harap kawan2 semua..kita jgn berpecah..sebab bile kite kuat semua yg poyo dan bongkak akan takut dengan kite..aku da penat dengar bende2 ni selama 2 tahun..  macam pensyarah kat politeknik jb tempat aku ni cakap, orang pekak perlu diajar cara menguruskan masa.. belajar hormat orang laen..
pape pun... kalau elaun masuk hari ini, lega mungkin tapi jika masih tidak masuk..??????

*jgn percaya sangat dengan orang yang cuba bermulut manis dengan kita pada mulanya kita belajar di mysL centre itu..