A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Thursday, January 22, 2009

fesyen kelas fesyen kelas fesyen

Hari ni aku ade kelas yang begitu menyeronokkan bagi aku sebab tentang pola pakaian, ada 8 orang je dalam kelas sebab 3 orang lagi mintak tukar kursus katanya.. erm..kenapa mereka begini??? Aku mula terfikir.. semalam aku masuk kelas grafik, sama juga..mahu minta tukar kursus juga.. pening memikirkan, student grafik tukar memasak,memasak tukar grafik,fesyen pula mahu ke grafik, mahu juga ke masakan..saje aku bagi semangat kat diorang, tak mengapa tukar kursus yang penting semangat untuk belajar.. ermmm.. mereka mendengar kata.. aku terfikir pulak yang aku ni pun bukan rajin sangat belajar.. hahaha..
Tapi aku rasa sebak sedikit kerana mereka memang ternyata amat sukar menerima pembelajaran, perlukan sokongan,bantuan dari pensyarah dan jurubahasa katanya.. aku mula terfikir sekali lagi.. kalaulah aku ade jawatan tetap disini, aku pasti menolong mereka yang masih muda ni.. sebenarnya yang muda ni paling senang untuk dibimbing berbanding yang sudah merasakan garam itu terlebih masin baginya..
Aku tenung wajah seorang demi seorang pelajar khas ini..kasihan mereka bukan atas dasar kepekakan,tapi kerana dek sukar mereka untuk belajar menuntut ilmu.. aku Cuma harap, anak bangsa malaysia dan melayu terutamanya..sedarlah....

No comments: