A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Saturday, January 3, 2009

daTuk yang toloL

*untuk datuk yang tiada sikap belas kasihan terhadap bangsanya sendiri

datuk..
siapa kau nak dipanggil datuK??
belajar tak tinggi, bodoh sombong,
Mana adab dan bahasa kau??
Siapa ibu bapa kau?

datuk..
aku sedar aku di bawahmu,
tapi aku tau budi pekerti,
aku tau budi bicara,
aku tau budi yang ku sanjung.

datuk..
kau sebenarnya sampah,
sampah yang membuat kacau,
dalam perhubungan sesama insan,
kau tidak layak berada di sini.

datuk..
kau mata duitan,rambang mata,kaduk naik junjung,
semua ada pada kau.

datuk..
kau tidak sedar,
segala yang diterima,
ada hikmah disebaliknya,
tapi kau silap,
kau salah guna kuasa,
kau ego,sial,semua ada pada kau.

datuk..
walau beribu hormati kau,
ingatlah,
aku tidak pandai menghormati kau sebagai datuk,
aku anggap kau sebagai sampah yang boleh disepak dan dipijak.

datuk..
dunia kau memang kuasa kau,
kau boleh buat apa saja,
kau boleh hancurkan harapan ibu bapa miskin yang ingin melihat anaknya berjaya,
kau boleh hampakan semua harapan orang yang terpaksa sujud di kaki kau,
tapi kau kene ingat,
dunia ini sementara.

datuk..
aku bukan nak mencabar kau,
tapi aku nak kau beringat,
buat jahat dibalas jahat,
kau mati sape mahu usung mayat kau?
tiada siapa wahai datuk..
kau insan hina.

datuk..
kau sedarlah..
memang dah terlambat sebenarnya..
tapi maaf aku cakap..
aku akan hancurkan kuasa besar kau hingga kau jatuh ke liang lahad,
di samping kronimu yang kuat mencium bontotmu,
kerna kau mahu tahu aku siapa??
aku anak yang lahir dari darah jawa.

1 comment:

noriz_life_zone said...

AKU SOKONG KO...JAWA HEBAT! hidup MAWI!