A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, December 31, 2008

istimewa untuk diriku yang kemusykilan..


Aku yang dipanggil Jurubahasa..

*********
Aku ini datang dari kampung..
Kampung yang penuh dengan kehijauan tumbuhan..
Penuh dengan keriuhan sang unggas..
Hidupku yang penuh dengan perkebunan..
Berpakaian kotor, peluh yang kebasahan..
Sedang aku leka dengan kehidupanku..
Muncul 1 harapan..
Memberi aku peluang kerjaya..
Terjamin..
berulang-ulang didengari perkataan itu..
melihat teman yang sudah menapak ke menara gading..
aku yang masih di perkebunan..
tiada masa depan..
aku nekad..
jalan harapan ini jua aku cuba pilih..
Jurubahasa Isyarat..
Tak pernah terlintas perkataan itu..


Tapi..ini lah jalan hidupku..
Harapan keluarga..
Bantu mereka pada masa akan datang..
Pembelajaran yang penuh dengan liku..
Dugaan yang semakin hebat..
Aku yang menjadi mangsa..
Karenah politik orang atasan..
Menunjukkan kekuatan diri..
Siapa hebat??
Itu yang sering diperkatakan..
Satu masyarakat yang penuh dengan keegoan..
Lupa diri, lupa segala..
Lupa Tuhan Yang esa..
Aku sabar..
Cabaran demi cabaran..
Mujur teman-teman seiringan..
Bersama susah dan senang..
Kenal erti persahabatan
Erti kasih sayang..


Biarlah..
Aku sudah bosan..
Mahu bersuara..
Tapi suara yang hanya tinggal suara..
Tapi aku tahu..
Suara aku mampu menggoncang dunia..
Yang penuh ketenangan..
aku tidak mahu mengeruhkan keadaan..
satu persatu teman kehilangan..
teman yang hebat memilih jalan perguruan..
teman yang yakin memilih jalan pekerjaan..
dan teman sepertiku ini masih memilih jalan harapan..
jangan berdusta lagi..
gunakan sebaiknya kenikmatan yang ada..
bahagia di dunia bukan jaminan di akhirat..
aku niat ingin menolong..
tetapi jika menolong tiada penghujung..
bagaimana masa depanku??
Dikelilingi golongan istimewa..
Yang penuh dengan kegilaan kuasa..
Yang lupa segalanya..
Mula belajar..tamat belajar..
Masalah yang senantiasa berterusan..
Yang mengampu semakin mendapat tempat..
Yang tidak semakin jauh merebut tempat..
Cuma yang pasti..
Ketahui lah..
Bersaing dengan cara yang sihat..
Jangan aniaya kawan-kawan..
Jangan menjadi talam dua muka..
Jangan menjadi haruan makan anak..
Dan jangan menjadi babi yang kelaparan..
Susah kawan menanti..
Senang musuh menanti..


Ingat lah..
Jurubahasa bukan jurukimpal..
Bukan juru taip yang boleh melakar cerita..
Kita ada etika..
Kita ada maruah..
Sekali ditarik maruah..
Selamanya akan dihina..


Yang sepolosnya..
Aku sayang kawan-kawan..
Aku puas dapat belajar erti berkawan..
Cuma bagi kawan-kawan yang tidak tahu erti berkawan..
Jangan cuba mengadu domba..
Jangan cuba bermain dengan api..
Senang sekarang bukan senang untuk selamanya..
Ingatlah wahai jurubahasa isyarat..
Cermin diri kita..

No comments: