A Son of Mr Cape CrocodiLe HunTeR

nenekBeLLa @ a son of Mr.Cape Crocodile Hunter

Wednesday, December 31, 2008

kawan yang tersirat

Aku kepingin kamu sahabat..

Tubuhnya yang kecil..
Hatinya yang lembut..
Bermulut lantang mengkritik yang ada..
Memiliki sahabat yang rapat senantiasa..
Bersuara merdu mencairkan sang teruna..
Memiliki lelaki yang penuh kesabaran..
Melakar kasut lukisan naluri..
Hasil jualan kebanggaan di hati

Gaya penampilan sukar diikuti..
Berambut ikal, kerinting adanya..
Suka makan ketawa nan riang..
Mudah terusik walaupun berani..
Suasana malam mencetus kerisauan..
Mencari makanan di sebuah kedai..
Dipenuhi teruna yang penuh kegelapan..
Mengasihi kawan walau di mana..
‘keponakan’ itu ada di blognya..

Gemok tubuhnya mongel kakinya..
Seakan gergasi kemanjaan nalurinya..
Suka berdikari menempuh sesuatu..
“ulat’ hidup penggemar setianya..
Faridah hanum nama samarannya..
Kreatif inovatif dan berdaya saing..
Ala model bersikap sederhana..
Pakaian istimewa melekat di tubuh..
Berjalan ke hulu menarik perhatian..
Tapi sayang berbulu di kaki..

Dua merpati seakan sejoli..
Penuh dengan kemanjaan semulajadi..
Teman setia jenama yamaha..
Walau buruk penyambung cinta..
Cinta sayang tertanam sentiasa..
Sang perempuan terlalu cantik..
Ipoh berasal cina seakan..
Rajin menolong memasak kepandaiannya..
Teman Wulan setiap malam..
Sang lelaki yang memang pemalu..
Manja dan bergantung pada si dia..
Lapar pasti tidak keruan..
Mencari makanan tidak kisahnya..
Gitar peneman apabila berduka..
Pulang ke muar berjumpa keluarga..
Teratak yang penuh dengan kegembiraan..
Tok ya peneman setia di kamar..

Berwajah ayu kipas di tangan..
Sentiasa manja kepada sesiapa..
Dahulu bersama kini terpisah..
Kerinduan sering menyiksa jiwa..
Saling tersenyum bila berpandangan..
Jurubahasa isyarat harapannya dia..
Sukar mengesan naluri hatinya..
Dibuli akak kerapnya ia..
Bulan februari lahirnya dia..
Menjadi saksi perhubungan selamanya..

13 Disember detik bahagia..
Tercantum 2 hati sedansa..
Menjadi penghibur kawan di mana..
Keluarga perempuan miliki ia..
Berwajah manis gaya lelaki..
Kenangan bersama sudah tersemat..
Sayangnya ia pada sahabat..
Penyabar dan tidur satu hobinya..

Gangster melayu gelaran ia..
Bertubuh sasa segak gayanya..
Bersuara nyaring bingit di telinga..
Rajin memimpin kehebatan ia..
Suka membuli penawar hati..
Tapi ku tahu baik hatinya..

Berlagak sombong bila berperiksa..
Bermulut mongel macam lah dia..
Tiada yang hebat hanya perlakuannya..
Bercermin mata berbulu di dada..
Suka membazir air amalannya..
Kerap bertagged lupakan dirinya..
Di Parit Jambul teratak lamanya..
Mudah pelupa jalan ke sana..

Cinta yang datang tidak dijangka..
Cinta di hati siapa yang tahu..
Rasa sayang kembali bertaut..
Bagai bunga yang baru mekar..
Senyuman menggoda kesabaran di jiwa..
Menanti penuh dengan harapan..
Kuala pilah dan seremban 2..
Menjadi penghubung hubungan keluarga..
Kumpulan merah pandainya ia..
Bersantai mak uda pilihan hatinya..

No comments: